Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Nasi Lemak GAY Saya Jual Bukan Bermaksud Homoseksual, Tetapi Ada maksud Lain," Pemilik Nasi Lemak Gay Tampil Beri Penjelasan

30 Mac 2017
One Comment

Beberapa hari lalu menjadi tular di media sosial kisah seorang lelaki menjual nasi lemak dengan menggunakan nama Nasi Lemak Gay di gerainya yang mendapat kecaman ramai netizen.

Kerana kecaman itu, gerai berkenaan yang beroperasi sejak Januari terpaksa ditutup buat sementara bagi meredakan keadaan.

Pemiliknya Adi Yusuf telah tempil menjelaskan memberikan penjelasan mengenai maksu perkataan GAY yang digunakannya itu,  katanya nasi lemaknya itu tidak bermaksud lelaki gay atau homoseks tetapi singkatan Gerai Adi Yusuf, lapor mStar Online.

“Saya tidak sangka ia kecoh satu Malaysia. Saya terus kena kecam. Kuasa media sosial sangat menakutkan.” 

“Saya ambil keputusan untuk berhenti berniaga buat sementara selepas menerima banyak kecaman. Saya tunggu ia reda dahulu,” katanya.

Adi menyatakan dia tidak menyangka iklan nasi lemaknya yang dimuatnaik Selasa lalu mencetuskan kontroversi dalam sekelip mata.

“Saya bukan letak nama Nasi Lemak Gayboy pun. Saya tidak sangka masyarakat terus menghina saya dan menjatuhkan hukum tanpa usul periksa,” katanya yang beroperasi di Cheras. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Jauhilah perkara2 yg tak elok. Tindakan meletakkan nama perniagaan adalah bodoh. Perkataan GAY di negara islam adalah sensitive dan taboo. lagi2 dia letakkan gambar yg menyakitkan mata dlm banting tu. Jgn putar belit. Apa perasaan anda satu hari anak jantan anda pulang bawa jantan dan kata mereka nak berkawin? tindakan lelaki ini adalah BAD INFLUENCE. Tak perlu nak spin. letaklah nama yg baik2

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "