Menerusi perkongsian dari ahli farmasi, iaitu saudari Maryam Jamilah ini, terdapat ubat yang mana, ia tidak semestinya dimakan, atau melalui mulut, tetapi dengan cara lain. Macam mana tu?
Mari kita ikuti perkongsian darinya, untuk mengetahui lebih lanjut, lebih-lebih lagi ubat buat anak-anak.
"TIPU BETUL ubat hospital bagi ni. Kenapa makan, tapi tak baik-baik? Makan dah ikut cara yang betul dah macam cik farmasi ajar. Masuk dalam bubur. 4 kali sehari atau apabila perlu"
.
Nampak macam lucu kan? Tapi itu lah hakikatnya. Kisah benar. Umie saya seorang jururawat (sekarang dah matron agaknye). Ada pesakit mengadu tak kebah-kebah tapi makan dah ikut seperti yang diajar. Bila tanya macam mana, dia kata masuk ke dalam bubur dan gaul sampai larut lepas tu makan. Bertukar hijau muka jururawat. Salah bagi arahan ke ni? Ke pesakit salah dengar?
Itu kes orang dewasa. Kadang-kala, baby dan juga kanak-kanak akan diberi ubat seperti ini (suppository atau singkatannya supp) terutama kalau demam terlalu panas, dan sukar untuk kebah kalau diberi minum sirap paracetamol.
Apa anda perlu tahu?
1. Dos
Dos supp paracetamol tak sama macam sirap paracetamol (Ubat Demam Anak Salah Dos?) iaitu 30-40mg/kg. Jadi kalau berat anak anda 9kg, dos sepatutnya adalah 270mg-360mg, akan tetapi kebiasaannya akan diberikan supp Paracetamol 125mg atau 250mg
2. Cara penyimpanan
Tidak digalakkan simpan dalam peti sejuk sama seperti sirap paracetamol. Tetapi misalkata terlalu panas, dan ubat macam mencair, boleh masukkan 1-2 biji standby dan keluarkan bila nak guna (basahkan sedikit dengan air supaya licin).
Reminder, jangan masukkan ubat yang sejuk terus ke dalam dubur anak ye. Kesian baby, terkejut badan dia.
3. Lap dengan tuala basah
Supp paracetamol cepat menurunkan suhu badan anak, tapi cepat juga suhu naik kembali. Misalkata dah masukkan ubat, tak lama selepas itu panas semula, mohon lap dengan tuala basah. Jangan berikan ubat lagi (sirap atau supp) selagi belum sampai jarak minima 4 jam, atau akan ada kebarangkalian keracunan paracetamol.
.
4. Pastikan cara pemberian yang betul
3. Lap dengan tuala basah
Supp paracetamol cepat menurunkan suhu badan anak, tapi cepat juga suhu naik kembali. Misalkata dah masukkan ubat, tak lama selepas itu panas semula, mohon lap dengan tuala basah. Jangan berikan ubat lagi (sirap atau supp) selagi belum sampai jarak minima 4 jam, atau akan ada kebarangkalian keracunan paracetamol.
.
4. Pastikan cara pemberian yang betul
Yang paling penting sekali. Ingat. Ubat suppository dimasukkan ke dubur, bukan dicampur dengan bubur dan dimakan.
Jadi, selepas baca artikel ni, teringin lagi nak TERmasukkan ubat dalam bubur tak?
Notakaki : ubat paracetamol kadangkala ditukar kepada diclofenac, tetapi fungsinya untuk anak yang demam adalah sama.
- Siakap Keli