Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Mario Gomez Sah Jurulatih Baru Harimau Malaysia Ganti Datuk Ong Kim Swee

25 Mac 2017
No Comment

KUALA LUMPUR: Presiden baru Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baharu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini telah mengumumkan bekas jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) Mario Gomez sebagai jurulatih baru pasukan bola sepak Malaysia, lapor Astro Awani.

Kerana perlantikan itu, Datuk Ong Kim Swee akan dipindahkan untuk mengendalikan skuad bola sepak bawah 23 tahun.

Tunku Ismail yang juga merupakan pemilik pasukan bola sepak JDT sah menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2017-2021 hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada Kongres ke-53 FAM yang bermula 10.15 pagi di Hotel Hilton Petaling Jaya.


Memetik laporan Berita Harian, Tunku Ismail telah menang tanpa bertanding selepas Tan Sri Annuar Musa menarik diri dari bertanding jawatan Presiden FAM Khamis lalu.

Datuk Seri Subahan Kamal dan Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengisi kerusi Timbalan Presiden selepas masing-masing mendapat 37 dan 33 undi.

Penyandang jawatan itu, Datuk Seri Afandi Hamzah memperoleh enam undi. Empat kerusi Naib Presiden diisi Datuk S Sivasundaram, Datuk Rosmadi Ismail, Datuk Ab Ghani Hassan dan Mohd Joehari Mohd Ayub. Bagi jawatan Exco pula, Datuk Azisman Alias; Datuk Aminuddin Omar; Datuk Hishamudin Yahaya; Datuk Jefferey Low; Md Dali Wahid; Christopher Raj; Subkhiddin Mohd Salleh dan Firdaus Mohamed terpilih manakala Exco wanita dibarisi Datuk Suraya Yaacob dan Shafizah Umamah Abdul Mutalib. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "