Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mahu Elak Fitnah, Pemilik Kedai Tampil Buat Laporan Isu Video Pukul Kerana Makan Tak Bayar

20 Mac 2017
No Comment

Manjung: Seorang lelaki yang juga merupakan pemilik sebuah kedai makan di medan selera Taman Samudera di sini telah tampil membuat laporan polis berhubung video yang tular sejak semalam, lapor Harian Metro.

Video berkenaan memaparkan aksi seorang lelaki dipukul tiga lelaki yang lain dimana salah seorangnya menggunakan kayu kerana didakwa tidak membayar makanan di premis berkenaan.

Dia difahamkan telah membuat satu laporan di buat di Balai Polis Manjung pada 11 malam tadi, selepas rakaman video berkenaan tular di media sosial.

Beliau yang namanya enggan disiarkan mengesahkan kejadian tersebut telah berlaku di premisnya kira-kira 12.30 tengah hari semalam di mana tujuan beliau membuat laporan polis adalah bagi mengelak fitnah.

Video 41 saat itu memaparkan seorang lelaki dipukul tiga individu dengan seorang daripada mereka memukul mangsa dengan kayu.

Lelaki itu didakwa tidak membayar makanan yang dimakan dan dibungkus di kedai berkenaan sejak hampir dua bulan lalu.

Kejadian dikatakan bermula apabila adik perempuan pemilik kedai itu telah bertanya kepada lelaki berkenaan sama ada dia sudah membayar hutang yang sebelum ini namun lelaki itu dikatakan telah memarahi wanita itu sebelum tiga lelaki masuk campur, termasuk memukul.

Rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki-lelaki yang memukul mangsa kerana tindakan tersebut disifatkan sebagai melampau. - Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "