Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ikuti 10 Langkah Ini Dalam Mendapatkan Tajuk Kajian Yang Sesuai, Untuk Elakkan Di ‘Reject’ Berulang Kali Oleh ‘Supervisor’

24 Mac 2017
No Comment

Mungkin anda di antara kita yang mempunyai kesukaran untuk memilih tajuk sewaktu membuat ‘report’ sama ada, ketika ‘degree’, ‘master’, mahu pun PhD. Kebanyakan dari pelajar akan berhadapan dengan proses penukaran tajuk yang berulang kali, selepas ditolak oleh ‘supervisor’.

Bila dah terlalu banyak tajuk yang dicadangkan, ditolak oleh penyelia, sudah pasti emosi, juga semangat seikit terganggu.

Namun begitu, mungkin ada silapnya pada bahagian pelajar yang dilihat oleh penyelia, dalam memilih tajuk yang bersesuaian. Bagi memudahkan lagi proses memilih tajuk untuk ‘report’, saudara Othman Talib telah kongsikan beberapa langkah yang anda harus lalui terlebih dahulu, sebelum memilih tajuk yang bersesuaian.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


10 LANGKAH CARI TAJUK - tak terdapat dalam kelas Research Methodology

Kalau malas nak baca.. memang patutlah anda tak jumpa-tajuk tajuk !

Saya akan cuba aturkan apa yang perlu anda fikirkan sebelum anda boleh dapat satu TAJUK yang “sesuai”..

Saya bagi contoh dummy supaya mudah... takut anda confused !

1. Ketahui FIELD of study anda - Contohnya "Computer education"

Pastikan anda mempunyai asas (terutama dari peringkat undergrad) dalam field of study. Jika anda dari pendidikan komputer maka field of study anda adalah computer education. Jangan anda menggatal nak kona ke field of study lain plak. Dengan itu, segala-segala yang berkaitaan dengan computer education selepas ini mesti ada dihujung jari anda.

2. Ketahui TOPIC yang anda minat, katakan mobile application 

Dari pembacaan dalam scholarly literature computer education yang beribu-ribu, yang mudah dicari dengan MENDELEY, anda akan menemui pelbagai perbahasan / argument / issues, berkaitan e-learning, m-learning, web-based learning, multimedia learning, animation dan lain-lain. Maybe anda nak memilih topic yang sesuai dengan minat anda, katakan mobile application sebab topik ini masih fresh berbanding dengan yang lain.


3. Ketahui AREA of Investigation, katakan learning model for mobile application in Chemistry

Selepas mendapat topic (ingat, belum lagi tajuk kajian), carilah pula area of investigation yang anda nak jalankan kajian berkaitan dengan mobile application.

Katalah anda nak jalankan kajian dengan membina model untuk mobile application dalam kimia, kerana belum ada model yang dibuat lagi (ini satu gap) maka anda menjurus pula pembacaan kepada artikel / bahan berkaitan pembinaan sesuatu model / modul.

4. NOVEL, supaya ada contribution to knowledge

Ketahuilah bahawa bottom line kajian untuk master / PhD mestilah novel iaitu menjawab soalan "What else need to be done" supaya ada unsur contribution to the knowledge untuk mengembangkan lagi pengetahuan dalam computer education.

5. MAINSTREAM

Jika ada peluang, carilah tajuk yang menarik minat scholars dalam bidang yang sama, yang menjadi mainstream locally dan internationally.


6. Time-based atau DOABLE

Bolehkah skop tajuk tersebut disiapkan dalam tempoh pengajian anda? Jangan sampai tidak sempat 3 tahun nak siap sebab SUPERVISOR suruh buat macam-macam.

7. RIGOROUS atau detail dan mendalam

Bolehkan kajian dijalankan secara rigorous, maksudnya terdapat banyak literature bagi kupasan secara kritis dan mendalam, analisis data dapat menggunakan intermediate ataupun advanced statistik, bukan sekadar descriptive sahaja.

8. RESEARCHABLE

Jangan cari topic yang sukar mendapat sample, atau sample terlalu exclusive, VIp. Skop kajian terlalu luas sampai satu MALAYA, variable terlalu banyak, atau terlalu baru dalam scholarly literature, sampai sukar nak jumpa artikel, yang mungkin tiada teori yang mantap, atau yang menyentuh polisi orang politik yang boleh berubah-ubah atau yang menyentuh kepentingan pihak atasan, atau anda menerima tajuk bombastic dari SUPERVISOR atas nama grant, RA dan lain-lain yang tidak tercapai akal anda untuk jalankan, dan lain-lain yang anda fikirkanlah sendiri.


9. Barulah boleh rangka WORKING TITLE (bukan working topic)

Dah selesai lapan langkah di atas, bolehlah anda rangka TAJUK kajian. Namun, jangan sampai tajuk kajian anda “senang-senang” boleh dijangka jawapannya, atau yang tidak ada soalan untuk dijawab.
Kajian seperti keberkesanan ICT berbanding buku. Maybe dah tidak berapa sesuai untuk master / PhD kerana anda boleh jangka jawapannya, lebih-lebih lagi dari kajian-kajian lepas.

Kalau kajian, Hubungan antara faktor X dan Y, dan anda tidak boleh jawab “Why scholar care about it" sebab hubungan biasanya tak banyak membawa makna, untuk kajian master / PhD.

10. TAJUK (TITLE)

Selepas anda yakin dan bersedia dengan sembilan perkara di atas barulah anda tetapkan TAJUK kajian anda, bukan awal-awal lagi dah siap tajuk dalam kepala anda yang kosong.

Paling best ramai yang terus melompat ke langkah kesepuluh then tanya soalan cepumas “Sesuai tidak tajuk kajian saya ni”.

- Siakap Keli

BACA: 17 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Pelajar PhD Sewaktu Dalam Tempoh Pengajian, Serta Bagaimana Cara Untuk Menanganinya
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "