Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gadai Barang Peribadi, Suri Rumah Ini Mulakan Perniagaan Di Pasar Malam Dan Kini Berjaya Hidup Senang Hasil Usaha Sendiri

28 Mac 2017
One Comment

Ramai kita diluar sana, menjadikan alasan masalah tiada modal sebagai alasan untuk tidak memulakan perniagaan, begitu ramai lagi mentaliti yang menyatakan memerlukan modal besar untuk berniaga.

Walaupun banyak cerita kami pernah ketengahkan, dengan hanya modal kecil ramai sudah usahawan berjaya mampu untuk hidup senang kini berpendapatan jutaan ringgit dari modal yang begitu kecil, bahkan ada yang bangun tanpa sebarang pinjaman modal.

Terbaru, admin tertarik dengan kisah yang boleh dijadikan inspirasi kepada mereka diluar sana, dikongsikan oleh Puan Eida Amaleen, beliau hanyalah seorang suri rumahtangga sepenuh masa, tetapi kerana tekadnya untuk bangun berdiri atas kaki sendiri, bermodalkan modal sendiri yang kecil, beliau kini mampu untuk hidup senang.


SELAMAT TINGGAL PENDERITAAN..Siapa sangka, dahulu saya hanya berniaga kecil kecilan, pelbagai kisah jatuh bangun dalam perniagaan.

Itu la hakikat hidup saya setelah jatuh bangun dalam perniagaan dan kehidupan saya sebagai ahli perniagaan wanita.

Tiada seorang pun yang mahu memilih jalan derita, saya akui, dahulu kadang-kadang terasa dengan kata-kata masyarakat sekeliling di mana ada yang pandang serong dan mengata kononnya saya hidup mewah hasil tumpang dan habiskan duit suami saya.

Untuk mereka diluar sana yang nak tahu, ya suami saya memang berharta, tetapi untuk pengetahuan semua, saya hidup mewah sekarang adalah hasil titik peluh saya sendiri yang ramai sebenarnya orang tidak tahu.

Bermodalkan wang RM1200 di mana saya telah menggadai barang emas peribadi saya yang ada untuk memulakan perniagaan, bergerak di pasar malam Wakaf Che Yeh sekitar tahun 2012 disitulah saya guna sepenuhnya pengalaman dalam bidang kosmetik sehinggalah menghasilkan produk jenama saya sendiri.

Kisah jatuh bangun saya terlalu banyak untuk diceritakan, perniagaan memang banyak dugaannya, tapi perlulah pegang yang "bukan senang nak hidup senang, tapi kejayaan bukan datang bergolek kepada kita tanpa usaha."

Walaupan suami mampu memberikan modal kepada saya dalam jatuh bangun saya, tepi percayalah, saya cuba belajar dan tak nak menyusahkan suami agar satu hari nanti saya boleh buktikan pada orang yang saya boleh berjaya.

Dari hasil berniaga tudung (yang tengah meletop kini) saya berjaya mengumpul modal kembali selepas jatuh, dengan hasil jualan itu saya mula menghasilkan produk sendiri.

Ramai yang tidak tahu sekitar tahun 2014 banjir besar melanda Kelantan menyebabkan perniagaan suami saya kerugian sehingga setengah juta ringgit, suami kelihatan sedikit susah, ada mulut-mulut yang menyatakan saya telah mengikis duit suami sehingga dia jadi sedemikian.

Tapi percayalah, Allah sentiasa bersama orang-orang yang berusaha, saya berjaya keluarkan produk kecantikan pertama saya di mana ianya mula terjual, dengan izin Allah apabila hampir kesemua mereka berjaya menghilangkan masalah dihadapi dan kini produk-produk berkenaan berada di semua kedai jamu seluruh negara dan saya yang mengamalkan sendiri hampir 7 tahun.

Sedikit sebanyak dengan sedikit kejayaan saya ini dapat membantu suami pulih kembali perniagaannya.



Dengan bantuan semangat dari suami, ibu bapa dan adik beradik saya dapat keluarkan lagi produk atas jenama AG BEAUTY... alhamdulillah sudah dipasaran atas talian dan luar.Eida Amaleen

Bayangkan, beliau hanya seorang suri rumah boleh berjaya, berniaga dari kecil-kecil sehingga mempunyai produk sendiri, inikan kita yang tiada beza dengannya, yang penting  adalah usaha dan tekad untuk berjaya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Hari yang baik untuk semua warganegara Indonesia, nama saya Nurul Yudianto, saya ingin berkongsi kesaksian hidup saya di sini di platform ini supaya semua warganegara Indonesia berhati-hati dengan pinjaman pemberi pinjaman di internet dari NIGERIA dan lain-lain sebahagian daripada AFRICA,

    Setelah beberapa lama cuba mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan, dan terus ditolak, saya memutuskan untuk memohon pinjaman online tetapi saya menipu dan kehilangan Rp18.7 juta, kepada seorang wanita di Saudi Arabia dan Nigeria.

    Saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman, jadi saya mengadakan perbincangan dengan kawan saya, Puan Rika Nadia (rikanadia6@gmail.com) yang kemudiannya memperkenalkan saya kepada Lady Esther, Pengurus Cawangan Firma Akses Pinjaman, jadi kawan saya meminta saya memohon LADY ESTHER, jadi saya Screams dituangkan dan dihubungi LADY ESTHER. melalui e-mel: (estherpatrick83@gmail.com)

    Saya memohon pinjaman sebanyak Rp200 juta dengan kadar faedah sebanyak 2%, supaya pinjaman itu diluluskan dengan mudah tanpa tekanan dan semua persiapan dilakukan dengan transfer kredit, karena tidak memerlukan jaminan dan jaminan untuk transfer pinjaman, saya telah diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari satu setengah jam wang yang dipinjam telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

    Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah sebanyak Rp200 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Allah telah menjawab doa saya dengan buku pinjaman dengan pinjaman asal saya, yang telah memberikan saya keinginan hatiku.

    Semoga Tuhan memberkati LADY ESTHER untuk mewujudkan kehidupan yang adil bagi saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan LADY ESTHER dengan baik melalui e-mel: (estherpatrick83@gmail.com) atas pinjaman anda

    Akhirnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua untuk meluangkan masa untuk membaca kesaksian hidup saya yang benar tentang kejayaan saya dan saya berdoa kepada Tuhan untuk melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda. anda boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut melalui e-mel saya: (nurulyudianto2@gmail.com) Salam

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "