Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rizqie Azharin Azhar Disahkan Meninggal Dunia

28 Mac 2017
No Comment

Anak angkat kedua kepada Azharina iaitu Rizqie Azharin Azhar disahkan telah meninggal dunia jam 10.30 pagi tadi di hospital Putrajaya, lapor Harian Metro.

Menurut Azharina, 32, dia redha dengan pemergian anak keduanya itu selepas dimasukkan wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Putrajaya.

"Saya redha dengan pemergian Rizqie. Saya bersyukur kerana sempat menjaganya meski hanya 22 hari.

"Selama dia dirawat di wad ini sejak semalam, saya tak sanggup melihat keadaan Rizqie," katanya.

Ahad lalu, Rizqie telah dimasukkan wad akibat demam panas dilapor kritikal selepas mengalami komplikasi buah pinggang, pendarahan otak, jangkitan paru-paru dan darah di mana sejak semalam Rizqie dirawat menggunakan alat bantuan pernafasan.


Jenazah Rizqie akan disembahyangkan di Masjid Batu 14 Puchong dan dikebumikan kawasan sama masjid itu selepas waktu Asar. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "