Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pasangan Jepun Ini Pakai Baju 'Matching' Setiap Hari Biarpun Sudah 37 Tahun Berkahwin

8 Mac 2017

Biarpun sudah 37 tahun bersama, itu tidak menghalang pasangan dari Jepun ini untuk untuk meneruskan kemanisan dalam rumah tangga mereka dengan memakai baju yang 'matching' setiap hari dan memuat naiknya di laman Instagram bernama Bonpon511.

Kerana ramai yang menyukai cara mereka menggayakan pakaian, akaun Instagram pasangan tersebut telah menerima lebih 154,000 pengikut.

Biarpun telah mengenakan banyak jenis pakaian, mereka lebih dominan dalam tema warna merah, biru, kelabu dan hitam.

Menurut kapsyen dari foto mereka, didapati pasangan itu kini sudah berada dalam 60-an dan gemar memakai pakaian UNIQLO dan Comme Des Garcons.


Namun, pasangan itu bukannya jenis kaki shopping dan mereka ini jenis yang berjimat cermat.

Satu posting terbaru mendedahkan salah satu skirt yang dipakai oleh si isteri dibeli di kedai murah 20 tahun yang lepas.

Bagaimanapun, setiap dari foto mereka mendapat beribu-ribu likes apabila dimuat naik.

"Saya sangat sayangkan kamu berdua! Cinta antara kamu sangat dalam" kata seorang pengikut mereka di Instagram.

"Pasangan yang paling indah pernah saya lihat" kata seorang lagi pengguna Instagram.












Sumber: Telegraph
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "