Selepas dicetus kontroversi baru-baru ini, filem Beauty and the Beast akhirnya akan ditayangkan di Malaysia bermula pada 30 Mac ini.
GSC menerusi satu kemaskini di Facebook rasmi mengesahkan perkara itu.
Sementara itu, Berita Harian menerusi satu tweet berkata filem tersebut akan ditayangkan pada 30 Mac ini tetapi akan diklasifikan sebagai PG13.
Filem Beauty and the Beast lulus untuk tayangan tanpa suntingan dengan klasifikasi PG13 mulai 30 Mac ini.— Berita Harian (@bharianmy) March 21, 2017
Sebelum ini, Beauty and the Beast mencetus kontroversi selepas pengarahnya, Bill Condon berkata bahawa watak Le Fou yang dimainkan oleh Josh Gad diberi 'momen gay' dalam filem tersebut.