Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[Dikemaskini] Wanita Hamil Maut Ditembak Dari Jarak Dekat Ketika Memandu Kereta

21 Feb 2017
Foto: The Star

Georgetown, 21 Feb: Seorang wanita maut ditembak dalam kejadian di Taman Pekaka 1, Gelugor di sini dalam kejadian kira-kira jam 6 petang hari ini.

Menurut Harian Metro, identiti mangsa masih belum dikenalpasti.

Sumber portal itu berkata, ketika kejadian itu berlaku mangsa sedang memandu BMW putih miliknya sebelum dihampiri dua orang lelaki bermotosikal.

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa sedang memandu BMW putih miliknya sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal.

"Suspek kemudian melepaskan lebih tujuh das tembakan dan tiga daripadanya terkena kepala mangsa.

"Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian," katanya

BH Online pula melaporkan wanita terbabit sedang hamil dan penembak melepaskan sekurang-kurangnya 10 das tembakan.

Menurut saksi kejadian, penunggang motosikal terbabit mengambil kesempatan keadaan trafik sesak untuk berhenti di sebelah kenderaan mangsa sebelum melepaskan sekurang-kurangnya 10 das tembakan ke arah pemandu itu.

Bernama pula melaporkan, mangsa adalah seorang ahli perniagaan dan difahamkan mangsa sedang memandu sendirian ketika kejadian.

"Enam das daripada tembakan itu mengenai bahagian dada mangsa, yang menyebabkan kecederaan serius kepada wanita tersebut," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Zainol Samah.

Sementara itu, satu video yang tersebar di media sosial yang dipercayai memaparkan bagaimana kereta BMW merempuh sebuah kereta ketika kejadian.

Keratan gambar dari video yang tersebar.


Sumber: Harian MetroBH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "