Nigeria: Mungkin ramai pernah terbaca kisah penemuan seorang budak lelaki dua tahun yang ditinggalkan oleh ibu bapanya dalam keadaan kelaparan setahun lalu.
Memetik laporan Dailymail, dia dibuang oleh keluarganya selepas ibu dan bapanya menyangka dia adalah seorang ahli sihir dan ditemui di jalanan oleh seorang aktivis kemanusiaan, Anja Ringgren Loven, warganegara Denmark yang tinggal di Afrika, pada Januari 2016.
Dia telah ditemui dalam keadaan kurus kering, berbogel dan perutnya penuh dengan cacing selepas ditinggalkan.
Kini segalanya telah berubah, sinar baharu yang munculk selepas dijumpai, kanak-kanak berkenaan yang dinamakan Hope kini hidup sihat dan sudah berisi, beliau kini telah menghadiri hari pertamanya di sekolah.
Setelah genap setahun, baru-baru ini Loven memuat naik gambar-gambar semasa menemui Hope ke laman Facebooknya di mana keadaan sebelum dan selepas dia memegang botol air dan memberi kanak-kanak itu minum.
Dalam proses untuk memulihkan Hope, Loven telah mengambil masa kira-kira lapan bulan di mana semasa menemuinya, beliau telah membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan dimana dia telah diberikan ubat cacing untuk membuang cacing dalam perut dan menjalani pemindahan darah setiap hari bagi menambah lebih banyak sel darah merah dalam badannya.
Beberapa hari kemudian, Loven telah memuatnaik sebuah status di mana dia meminta bantuan orang ramai kerana kos merawat Hope terlalu tinggi, apa yang mengejutkan dia telah menerima sumbangan kira-kira satu juta dolar hasil sumbangan orang ramai dari seluruh dunia.
Kini Hope sudah mampu mengukir senyuman di mana Loven sering memuatnaik gambar dan video terbaru Hope di laman Facebooknya. - Siakapkeli.my
Sumber: DailyMail, Anja Ringgren Lovén