Foto Hiasan
Gajet, seperti telefon pintar, tablet, atau komputer riba, sudah sebati dengan diri, dan secara tidak langsung mempengaruhi anak-anak juga. Jadi, kebanyakan generasi muda, kanak-kanak pada masa kini sudah dibiasakan dengan kehadiran gajet ini dalam diri mereka.
Namun, seperti sedia maklum, dengan gajet ini jugalah, banyak masalah social berlaku, di mana, ada insan, atau manusia yang mengambil kesempatan untuk memuaskan nafsu mereka, secara alam maya, ‘berkawan’ serta mengunakan kata-kata kesat terhadap kanak-kanak yang naïf ini.
Untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku, saudari Raiha Bahaudin kongsikan beberapa langkah, atau tip yang boleh dilakukan dalam memantau aktiviti online kanak-kanak, mari kita ikuti perkongsian darinya.
Anak ini sudah pun melalui ‘online grooming’ di Whatsapp di mana dia dibiasakan dengan perkataan-perkataan, ayat-ayat lucah dan disediakan untuk ke peringkat seterusnya. Dia diminta untuk berjumpa di luar. Ya, kita boleh menjangka penghujungnya.
Beruntunglah perkara ini dapat dikesan awal. Susah untuk saya percaya pada mulanya ada budak berumur begini yang pencapaiannya di sekolah saya anggap sebagai budak pandai tetapi tidak mengerti apabila lelaki bercakap kotor, dia berniat jahat. Katanya, dia fikir lelaki itu cuma bergurau kasar dan dia pula melayan dengan ketawa senang.

Sedangkan daripada screen shot yang saya terima, jelas sekali seperti pemangsa menulis ‘t**ur sekali’, ‘b***ng’, ’j***k’, ‘m**n’, ‘h**ap’ dan banyak lagi perkataan memualkan yang tidak sanggup saya ulang. Lama saya dapat menghadam bahawa memang wujud anak-anak seperti ini yang mahu saya panggil benak tetapi sebenarnya sangat naif. Mudah kita meneka, inilah yang berlaku apabila tiada pendidikan seks yang sering diambil mudah oleh orang yang paling rapat dengan anak-anak. Ibu bapa sendiri.
Jangan ambil mudah dan sebaik mana pun anak-anak, perlu sentiasa ada sangka buruk dengan mereka. Seperkara lagi, pemangsa seksual tidak lagi terbatas untuk anak-anak perempuan saja. Orang gila begini juga boleh punya nafsu dengan budak lelaki. Juga kita membicarakan tentang anak-anak yang baru memahami apa itu seks dan kita tidak mahu mereka mengenalinya dalam keadaan yang salah.
Mengurung anak di rumah tidak akan dapat melindungi anak-anak daripada pengetahuan seks yang tidak wajar seperti pornografi dan online game dewasa juga menghalang mereka daripada menggunakan telefon, tablet dan komputer beserta talian internet cuma melambatkan mereka mengenali dunia luar.

Di sini saya mahu kongsikan bagaimana dalam keadaaan mereka memiliki telefon, tablet dan komputer sendiri, ibu bapa masih boleh memantau aktiviti online anak-anak.
1. Telefon Milik Ibu Bapa
Jelaskan kepada anak-anak walaupun mereka diberi telefon pintar untuk kemudahan perhubungan, telefon tersebut adalah milik ibu bapa. Ibu bapa berhak membuat spot check untuk memeriksa phone history, mesej, messenger, whatsapp, gambar-gambar, apa saja. Dan jangan cakap saja. Sila buat spot check dari masa ke semasa.
Anak-anak yang mempunyai telefon pintar tidak dibenarkan langsung memggunakan Apss WeChat atau Bee Talk. Titik. Tiada kompromi untuk ini. WeChat dan Bee Talk menyebabkan anak terdedah dengan stranger yang dekat dengan lingkungan dan akan berlanjutan dengan perhubungan online.
Untuk kegiatan online tidak kira di telefon, tablet dan komputer menggunakan search engine seperti Google, Ghrome, Opera dan sebagainya, sila periksa sejarah carian mereka jika mereka pernah melayari laman yang mencurigakan termasuk Tumblr (Tumblr kini juga banyak menjamu gif porno), online games dan video youtube.
4. Bermain 'Games'
Berpesan-pesan dengan dengan anak-anak apabila bermain dengan free online games. Free online games dikelilingi dengan pop up games yang tidak boleh dikawal pun oleh anak-anak. Game yang lain akan ‘pop’ sendiri apabila mereka bermain online games dan kebanyakannya tidak sesuai untuk anak-anak seperti kissing game, dating game dan sebagainya. Sebaiknya belikan mereka download game yang sesuai dengan umur dan boleh didapati dengan murah di Steam.
5. 'Setting Parental Control'
Berdasarkan pengalaman saya, komputer tidak kira desktop atau laptop adalah alat terbaik untuk mengawal kegiatan online anak-anak. Selain kerana komputer desktop secara relatifnya lebih murah daripada Iphone dan tablet, desktop tidak bersifat portable dan boleh dibawa keluar berjalan. Juga di komputer, ibu bapa boleh install internet security (seperti Kapersky) dengan setting parental control paling maximum. Apabila setting ini digunakan, anak-anak secara automatik tidak boleh melayari atau download laman yang cenderung lucah, ganas dan menakutkan.
Lebih baik lagi, jika komputer didaftarkan menggunakan dua user. Satu untuk ibubapa sebagai admin komputer dan satu lagi untuk anak-anak. Semua ini dilakukan di control panel dan ibu bapa boleh set masa bila, berapa lama anak-anak boleh menggunakan komputer. Apabila tamat tempoh yang ditetapkan, user yang digunakan oleh anak-anak akan tertutup sendiri.
Kerana usaha lebih, saya akan menambah masa mereka untuk menggunakan komputer pada hujung minggu. Mereka akan faham mereka perlu ‘earn it’ untuk setiap kemudahan yang diberi ibu bapa.
Ya. Tidak mudah kan menjadi ibu bapa kan? Juga pesanan-pesanan di atas tidak berguna tanpa bimbingan agama dan asas pendidikan seks kepada anak-anak tentang betapa pentingnya mereka menghormati diri sendiri.