Kuala Lumpur: Perogol bersiri yang merupakan rakyat Malaysia, S Selva Kumar, yang baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara 24 tahun di Toronto, tiba di Malaysia awal pagi tadi, lapor Berita Harian.
Beliau yang menaiki Qatar Airways penerbangan QR0844 dari Doha yang dinaikinya tiba di KLIA di sini pada jam 7.30 pagi tadi.
Menurut sumber, sebaik tiba di KLIA, dia telah diambil keterangan oleh pegawai Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman dan kemudian dibawa ke Pusat Operasi Imigresen KLIA juga untuk diambil keterangan.
Pihak media yang memenuhi KLIA bagaimanapun gagal menemuninya selepas dia dipercayai keluar menggunakan laluan balai ketibaan domestik KLIA pada jam 9.50 pagi, sedangkan kumpulan petugas media menunggu di laluan ketibaan antarabangsa.
Dia dipenjarakan di Kanada selepas didapati bersalah atas 30 tuduhan jenayah terhadap wanita termasuk serangan seksual. - Siakapkeli.my