Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tiba Di Malaysia Pagi Tadi, Sabah Negeri Pertama Haramkan Selva Masuk

7 Feb 2017
No Comment


Kota Kinabalu: Kerajaan negeri Sabah dalam satu kenyataan telah mengambil keputusan untuk mengharamkan bekas perogol bersiri warga Malaysia, Selva daripada memasuki Sabah, lapor Bernama.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, larangan berkenaan telah dikuatkuasakan sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan lelaki tersebut dilabel individu paling berbahaya.

“Dia tidak diterima di Sabah kerana boleh mendatangkan ancaman kepada orang awam khususnya wanita dan kanak-kanak.

“Kami tidak boleh menanggung risiko membiarkan individu yang berpotensi mendatangkan bahaya bergerak bebas. Rakyat perlu dilindungi,” katanya.

Selva, yang baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara 24 tahun di Toronto, tiba di Malaysia awal pagi tadi.

Dia dipenjarakan di Kanada selepas didapati bersalah atas 30 tuduhan jenayah terhadap wanita termasuk serangan seksual. - Siakapkeli.my

BACA: Selva Tiba Di Malaysia Pagi Tadi, Berjaya Elak Media Apabila Guna Laluan Lain Untuk keluar
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "