Begitulah yang terjadi kepada anak-anak pada masa kini, di mana telah mengetahui akan aplikasi untuk bermesej, juga berhubung dengan dunia luar, dan di sinilah tugas ibu bapa untuk memantau mereka, kini menjadi lebih mencabar.
Telah banyak benda buruk berlaku kepada anak-anak, lebih-lebih lagi di bawah umur, jadi ibu bapa perlu mainkan peranan mereka, dan menurut dari perkongsian saudara Taufiq Razif ini, ibu bapa boleh memantau anak-anak dengan lebih selamat. Ingin tahu bagaimana, mari kita ikuti perkongsian darinya.
Balik ke rumah je mesti isteri saya cerita macam-macam tentang kes yang dia handle tiap-tiap hari kat Bahagian Kecemasan. Isteri saya ni walaupun seorang doktor tapi dia macam tak dapat nak hadam sangat bab kes pedofilia sebab benda ni sebenarnya benda di luar akal logik manusia normal.
Isteri saya ni banyak handle kes hamil anak luar nikah je. Yang hamil tu pulak bukan orang dewasa tapi mostly baru umur 16 dan 17 tahun je. Biasanya budak yang mengandung ni kenal pakwe mereka melalui WeChat. Saya pun tak tahu sangat kenapa WeChat ni jadi tempat mereka bersosial cuma yang saya tahu melalui applikasi WeChat kita boleh berkenalan dengan orang di sekeliling dan yang berdekatan dengan tempat tinggal kita. Jadi saya pesan sangat sangat kat ibu bapa tolong pantau gajet anak anda. Please!
Baru-baru ni pun viral kisah seorang lelaki Pedofil yang tak dikenali cuba menggoda seorang budak lelaki berumur 10 tahun melalui applikasi kat henset budak tu. Budak nama Aiman ni pulak memang jenis suci tak tahu apa apa. Dia pun layan je la. Yang lelaki ni pula gi mintak gambar bogel budak tu walaupun dah tahu dah yang dia chat tu baru berumur 10 tahun! Siap cakap nak bagi PSP lagi kalau budak tu nak bagi gambar kemaluannya! Alhamdulillah ibunya sedar ada chat pelik kat henset anaknya.
Laman web lucah mereka pulak biasanya tak semua orang boleh akses. Hanya orang orang tertentu dari geng mereka je yang boleh masuk ke laman web lucah tu. Sebelum ni kecoh kot satu Malaysia bila gambar anak H***th I*****er dan gambar anak T**ok masuk kat laman web lucah kanak kanak tapi sekarang semua dah kembali diam macam takde apa apa yang berlaku.
Saya ada rahsia nak bagitahu korang ni. Ada cara nak cam orang Pedofil ni. Biasanya seorang pedofil ni sangat pandai menjaga rahsia dia. Biasanya mereka ni sangat kelihatan warak dan baik. Mereka nampak sangat penyayang dengan budak-budak. Selalu belikan gula-gula dan hadiah kat budak-budak dan pandai pujuk rayu mereka. Tanpa kita sedar mungkin mereka sedang menghidap penyakit mental sukakan kanak-kanak yg belum baligh.
+ Bagitahu anak kita takde siapa boleh sentuh area kemaluan dia walaupun orang terdekat dalam keluarga
+ Biasakan dengar mereka mengadu dan tunjukkan yang kita amik berat dengan aduan mereka walaupun untuk perkara-perkara yg kecil
+ Ajar anak untuk berkata TIDAK jika ada orang lain yang minta mereka buat benda yang aneh dan menyakiti mereka
+ Jangan marah anak jika mereka bertanya perkara yang bagi kita agak lucah kerana ada kemungkinan mereka sedang dipengaruhi oleh Pedofil
+ Jangan ambil ringan kalau anak selalu mengadu sakit di bahagian perut ataupun kemaluan.
+ Jangan post gambar anak kita dalam keadaan berpakaian seksi walaupun mereka masih kanak kanak! Memang ada laman web lucah kanak kanak yang suka cari gmbar kanak kanak yang 'seksi' untuk menjadi bahan tatapan dan perbincangan mereka. Richard Huckle yang saya cerita tadi tu simpan 20 000 gambar kanak-kanak sebagai koleksi!
+ Pastikan henset anak kita jenis yang takde aplikasi instant messanger seperti Whatsapp, WeChat dan lain-lain. Cukup la dengan sms dan call biasa je.
+ Kalau anak nak pakai juga internet dan apps yang lain pastikan kita dah install apps untuk monitor aktiviti anak kat henset tu. Contoh apps yang korang boleh download kat Google Play atau Apple Store utk mengawasi henset anak korang :
I. Kids Place - Parental Control
II. Abeona - Parental Control & Device Monitor
III. Screen Time Parental Control
IV. Parental Control Board
Korang jangan pelik ada orang yang berkahwin dengan patung la, ada yang suka skodeng orang la, ada yang suka curi seluar dalam orang la sebab memang semua ni termasuk dalam kategori Paraphilia tu la. Ya, sejenis penyakit mental!
P/ S : Saya Taufiq Razif mintak sangat ibu bapa kat luar sana untuk sebarkan Talian Kasih 15999 yang diwujudkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat. Kalau ada je korang suspek benda jijik ni berlaku, tolong hubungi nombor tu. Mungkin ada beribu lagi kes pedofilia di luar sana yang sedang berlaku tapi mungkin kerana kurang pendedahan dan tak tahu nak mengadu kat siapa akhirnya mangsa dan keluarganya berdiam diri je.
Benda ni boleh je terjadi pada ahli keluarga kita dan anak-anak kita tanpa kita sedar pun sebab kita tak amik berat pun pasal kes pedofilia ni. Korang jangan ingat pedofil ni suka rogol je. Ada jugak yang jenis dera dulu sebelum rogol. Ada jugak yang jenis rogol dulu sebelum bunuh. Jom saling mengingatkan sesama kita.
Bantu saya Taufiq Razif sebarkan mesej ini pada seluruh rakyat Malaysia ye..insyaAllah saya akan kupas lebih banyak tentang isu yang penting untuk kita semua di post saya yang seterusnya..
- Siakap Keli
BACA: ‘Sexual Predator’, Bagaimana Ibu Bapa Boleh Memantau Anak-Anak Sekaligus Menghalang Mereka Daripada Menjadi Mangsa
Benda ni boleh je terjadi pada ahli keluarga kita dan anak-anak kita tanpa kita sedar pun sebab kita tak amik berat pun pasal kes pedofilia ni. Korang jangan ingat pedofil ni suka rogol je. Ada jugak yang jenis dera dulu sebelum rogol. Ada jugak yang jenis rogol dulu sebelum bunuh. Jom saling mengingatkan sesama kita.
Bantu saya Taufiq Razif sebarkan mesej ini pada seluruh rakyat Malaysia ye..insyaAllah saya akan kupas lebih banyak tentang isu yang penting untuk kita semua di post saya yang seterusnya..
- Siakap Keli
BACA: ‘Sexual Predator’, Bagaimana Ibu Bapa Boleh Memantau Anak-Anak Sekaligus Menghalang Mereka Daripada Menjadi Mangsa