Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Keliru Dengan Pemakaian Baju Melayu Ke Pejabat Pada Hari Jumaat, Ini Panduan Yang Anda Boleh Jadikan Rujukan

3 Feb 2017
One Comment
Foto Hiasan: My Baju

Pemakaian kemeja yang tampak kemas dan segak sudah menjadi pakaian yang biasa dipakai oleh lelaki di luar sana apabila pergi kerja pada hari-hari biasa, dan ia nampak lebih formal, sesuai dengan etika pemakaian yang diberikan oleh organisasi, atau syarikat di mana anda bekerja.

Namun, tidak dapat dinafikan ada di antara tempat kerja anda yang membenarkan untuk mengenakan pemakaian ala ‘smart casual’. Serta, perlu memakai batik pada hari Khamis, atau memakai baju melayu, pada hari Jumaat.

Bercakap mengenai baju melayu, adakah perlu untuk lelaki memakainya pada hari Jumaat, dan bagaimanakah pemakaian yang sesuai untuk kaum Adam di luar sana menggayakan pakaian baju Melayu ini.

Untuk memberikan lebih penjelasan, seorang perunding imej, iaitu saudara Rudy Ludinata kongsikan imej yang sesuai buat sang jejaka untuk dipakai pada hari Jumat, peghulu hari ini. Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Mesti ada yang keliru pemakaian baju melayu ke pejabat pada hari Jumaat (bagi negeri-negeri yang bekerja) bukan?

Sebenarnya pemakaian baju melayu (baju kebangsaan - baju melayu cekak musang) sangat digalakkan dipakai pada hari Jumaat (Surat Edaran JPA(S)TT.193/37/Jld.4 (77)). 

a. Ia perlu dipakai dengan lengkap bersamping dan bersongkok (warna gelap iaitu hitam atau biru tua) dengan kasut formal atau capal sahaja. 

b. Elakkan memakainya dengan kasut kasual, selipar, kasut getah atau kasut sukan ya.

c. Oh ya! Pakaian baju yang mirip dengan potongan baju Melayu bolehkah dipakai pergi bekerja? Jawapannya BOLEH. Asalkan ianya dipakai dengan seluar panjang gelap dengan kasut formal.

Jangan pula ada yang minta pakai baju Melayu dengan kain sarong atau jubah sudahlah. Pakaian tersebut sesuai kalau dipakai kalau nak ke masjid. Eh! Dah nak azan, jom pergi Solat Jumaat.

Rujukan:
(1) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985
(2) Surat Edaran JPA(S)TT.193/37/Jld.4 (77) bertarikh 15 Mac 2005

Foto Kredit: Ahmad Redza Rosli

Sudah semestinya anda akan kelihatan segak berbaju Melaju ke tempat kerja, dan ia semestinya memudahkan anda, dan sesuai untuk anda terus ke masjid tatkala masuknya waktu solat Jumaaat. Jika anda ingin mengenakan baju formal, seperti kemeja, apa salahnya, ikut pada keselesaan anda juga. Admin pun, lepas ni, nak jugaklah bersegak dengan baju Melayu masuk pejabat untuk hari-hari mendatang. – Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Bagaimana dengan potongan baju mirip melayu yang dibenarkan sebab ada berbagai pendapat di luar sana.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "