Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jangan Selongkar Telefon Bimbit Pasangan Anda, Dan Rahsiakan Empat Hal Ini Dari Pengetahuan Orang Lain, Demi Menjaga Nikmat Berumah Tangga

2 Feb 2017
No Comment

Apabila sudah berumah tangga, kita pasti inginkan kehidupan yang harmoni, dan dijauhkan dari segala sifat syak wasangka, atau berahsia antara satu sama lain. Ia bukanlah untuk mengetahui setiap apa yang dilakukan oleh pasangan, cuma untuk mengambil berat, atau lebih kepada membantu jika dalam kesusahan.

Namun begitu, dalam berumah tangga, masih terdapat ruang privasi di antara pasangan yang anda perlu tahu, dan seharusnya elakkan diri dari menyelongkar barang peribadi pasangan, seperti telefon bimbit.

Bukan itu sahaja, jika anda dan pasangan anda mempunyai rahsia antara satu sama lain, dan tidak mahu orang lain tahu, anda seharusnya menghormati pilihan tersebut, kerana mungkin ia akan memalukan pasangan anda.

Rahsia bagaimanakah yang anda harus diamkan diri, dari memberitahu orang lain? Menurut perkongsian dari saudara Kamarul Ariffin Nor Sadan, terdapat 7 rahsia pasangan anda yang harus dirahsiakan dari pengetahuan orang lain, juga diri anda sendiri, yang turut merangkumi ruang peribadi, iaitu telefon pasangan.

Mari kita tengok apakah rahsia yang perlu kita simpan.


JANGAN SELONGKAR TELEFON BIMBIT PASANGAN ANDA!

Memang benar, tidak patut ada rahsia dalam sesebuah rumahtangga. Namun, peraturan itu hanya terpakai untuk hal-hal berkenaan rumah tangga sahaja, bukan untuk semua perkara.

Memandangkan pada hari ini kita kendalikan pelbagai urusan hidup kita menggunakan telefon bimbit, terdapat banyak maklumat dan rahsia yang melangkaui hal rumahtangga yang tersimpan dalam telefon bimbit seseorang. Oleh itu, tak patut anda ceroboh telefon bimbit suami atau isteri anda.

Apa yang rahsia pasangan kita yang kita tidak patut tahu?

a. Rahsia Rakan

Kadangkala, atas sebab-sebab tertentu, rakan atau ahli keluarga pasangan anda berkongsi tentang masalah peribadi mereka kepada pasangan anda tetapi mereka tak mahu orang lain tahu. Contohnya; masalah kesihatan, masalah kewangan, atau masalah kerohanian.

b. Rahsia Kerja

Kebanyakan antara kita mempunyai grup WhatsApp rakan sekerja dan dalam grup ini, kita bincang hal-hal pekerjaan, termasuk rahsia syarikat atau rahsia klien. Menjaga rahsia-rahsia ini adalah amanah kita. Begitu juga pasangan anda jika dia bekerja.

Hormati privasi pasangan kalian, dan hormati amanah yang perlu dijaga olehnya. Minta keizinan pasangan kalian untuk selongkar telefonnya. Jika dia benarkan, maka teruskanlah. Sebelum buka setiap mesej individu, minta izin lagi. Takut dia terlupa ada rahsia yang perlu disimpan.

Jika dia tak benarkan, baru kau sergah. Haha.


Oh ya! Alang-alang berpesan, berikut adalah antara rahsia-rahsia yang kalian suami-isteri kena simpan dengan rapi. Biar pecah di perut, tidak di mulut.

1. Rahsia Khusus

Rahsia yang pasangan anda minta anda rahsiakan. Sekecil mana pun ia, perlu dijaga. Ini asas kepercayaan. Contohnya; Isteri tak pandai masak, dan dia mohon suami rahsiakan. Suami tak pandai buat susu anak, dan dia minta isteri rahsiakan.

2. Rahsia Keselamatan

Rahsia yang boleh mengancam keselamatan dan privasi pasangan. Contohnya; nombor telefon, alamat tempat kerja, nama emak atau adik beradik, dan sebagainya. Minta izin daripada pasangan anda sebelum dedahkan butiran seperti ini.

3. Rahsia Harta Benda

Harta benda dan kewangan keluarga juga adalah rahsia. Ini termasuk jumlah pendapatan pasangan, hartanah, barang kemas, pelaburan dan sebagainya. Kurangkan tayang di media sosial.

4. Rahsia Bilik Tidur

Apa yang terjadi di dalam kelambu, eloklah tersimpan di dalam kelambu. Andai kata ada kekurangan, bawa berbincang dengan pasangan. Dapatkan khidmat doktor atau kaunselor jika perlu.

Akhir kata, jaga hubungan kalian suami-isteri. Fokus untuk setia. Jika anda terlalu sibuk ingin buktikan pasangan anda selingkuh. Itu akan merosakkan nikmat berumah tangga.

Moga bermanfaat.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "