Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) melalui satu hebahan telah mengeluarkan senarai-senarai ikan yang dilarang di perairan Malaysia termasuk sungai.
Larangan ini berikutan semakin banyak ditemui ikan-ikan pendatang yang bukan berasal daripada negara kita.
Berikut adalah senarai-senarai ikan yang dilarang dilepaskan ke perairan umum.
Ini kerana, dengan kebanjiran ikan-ikan ini, ianya akan mengganggu keseimbangan biodiversiti, habitat dan spesis ikan asli di perairan negara kerana jika ikan-ikan tersebut membiak, ia boleh menjadi dominan membiak dalam perairan umum serta menjadi pemangsa kepada ikan asli yang sedia ada.
Menurut DOF lagi, kehadiran ikan-ikan pendatang ini adalah penyumbang kepada bawaan penyakit baru dan punca sebaran penyakit di perairan negara. - Siakapkeli.my
Sumber: Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)