Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Doktor Gigi Ini Kongsi Tips Penjagaaan Gigi Buat Ibu Hamil, Tidak Perlu Gusar Untuk Mendapatkan Rawatan Pergigian Walau Ketika Hamil

23 Feb 2017
No Comment

Penjagaan gigi sememanyanya penting buat kita semua, dan sejak dari kecil lagi ibu bapa sudah menggalkkkan anak-anak untuk menggosok gigi, juga menjaga gigi agak tidak rosak.

Sudah terbiasa dengan ajaran dari kecil, kita pasti akan menjaga gigi sehingga kini, kerana ia adalah salah satu aspek kebersihan diri yang perlu dititikberatkan juga.

Namun, bagaimana pula dengan ibu mangandung, ada yang menyatakan kalau mengandung gigi ibu akan bergoyang dan pelru dicabut, selamatkah untuk mendapatkan rawatan pergigian sewaktu hamil? Untuk menjawab persoalan tersebut, doktor gigi, iaitu saudara Iqbal Rosali kongsikan beberapa tips penjagaan gigi buat ibu hamil. Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Memandangkan isteri sekarang sedang mengandungkan anak pertama kami, molek kiranya untuk dikongsikan beberapa tips penjagaan kesihatan gigi untuk ibu-ibu yang sedang hamil.

1. Pemeriksaan 

Perhatikan di dalam buku merah jambu muka surat dua, ada satu kotak di bahagian bawah untuk diisi doktor gigi. Pastikan ruang ini diisi dengan mendapatkan pemeriksaan di klinik gigi selepas pemeriksaan rutin di klinik ibu dan anak.


2. Morning sickness 

Ada ibu-ibu yang hamil mengalami morning sickness berbulan-bulan lamanya. Asid daripada muntah boleh menyebabkan karies. Pastikan berkumur selepas setiap kali muntah sama ada dengan air atau ubat kumur.

3. Diet seimbang 

Tahukah anda pembentukan gigi baby bermula seawal kandungan berusia 3 bulan? Diet sihat mengandungi produk tenusu digalakkan untuk pertumbuhan gigi dan tulang baby.


4. Penyakit gusi (gingivitis) 

Perubahan hormon ketika hamil menyumbang kepada masalah ini. Kerap kali gusi berdarah ketika memberus gigi. Dapatkan pemeriksaan berkenaan hal ini.

5. Kurangkan makanan manis  

Apabila mengandung, ada sesetengah ibu yang mengidam makanan manis. Tidak salah, yang penting jangan terlalu kerap dan bersihkan gigi selepas memakan snek.


6. Mengidam makanan masam  

Kalau sudah mengidam nak buat macam mana. Tetapi pastikan cuci mulut anda selepas itu kerana asid dalam makanan masam seperti jeruk boleh menyebabkan karies.

7. Sakit gigi  

Rawatan gigi semasa hamil adalah selamat. Maklumkan pada doktor gigi anda tentang peringkat kehamilan. Doktor gigi akan rancang temujanji biasanya pada trimester kedua kehamilan.

8. Gag refleks 

Ada sesetengah ibu hamil tidak boleh memberus gigi kerana mempunyai gag refleks (rasa nak muntah apabila masukkan sesuatu ke dalam mulut); padahal sebelum mengandung tidak ada pula masalah ini. 

Apa yang perlu ibu-ibu lakukan – tukar berus gigi kepada zaiz yang lebih kecil, berus gigi perlahan-lahan – ambil sedikit masa, atau tukar ubat gigi kepada jenama lain sekiranya rasa pada ubat gigi yang menyebabkan gag refleks.

9. Elakkan mempercayai mitos
+ Hamil menyebabkan gigi akan bergoyang dan perlu dicabut – TIDAK BENAR

+ Gigi ibu-ibu yang hamil rosak kerana kalsium daripada gigi si ibu diberikan kepada bayi untuk pertumbuhan gigi si bayi – TIDAK BENAR
Tahukah anda beruntungnya ibu-ibu hamil ini. Jika mendapatkan rawatan di klinik gigi kerajaan untuk scaling, cabutan dan tampalan, semua ini adalah PERCUMA. Daripada pendaftaran hinggalah selesai rawatan. Untung tak?

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "