Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Dalam Masa 2 Tahun Mampu Beli 2 Buah Rumah' - Lelaki ini Kongsi Kisah-Kisah Dia Berjaya Bantu Orang Bergaji Rendah Beli Hartanah & Uruskan Kewangan

21 Feb 2017

Bermula dari beberapa tahun lepas, pemuda dari Johor Bharu ini mula menggerakkan usaha bagi membantu orang ramai untuk mencapai hajat masing-masing terutamanya untuk memiliki hartanah dan kewangan yang stabil.

Caranya mudah sahaja, iaitu dengan pengurusan kewangan yang betul.

Nama Muhd Farid kini semakin dikenali sebagai pakar pengurusan kewangan sehinggakan dia diberi kepercayaan untuk memberi talk tentang pengurusan kewangan dan juga pelaburan.



Selain itu, Muhd Farid juga sering berkongsi kisah sahabat-sahabat yang pernah dibantu olehnya di laman Facebook peribadi beliau.

Salah satu kisah yang popular adalah kisah seorang mat motosikal yang berjaya membeli dua buah rumah dalam masa dua tahun sahaja. Muhd Farid berjaya membantu mat motor ini menggapai impian memiliki rumah dengan menstrukturkan semula kewangan dan memberi strategi khusus buat pemuda berkenaan.


Selain itu, antara kisah-kisah popular lain yang dikongsi oleh Muhd Farid termasuklah bagaimana dia membantu menstruktur semula kewangan seorang 'Brader umur 24 tahun' yang berhajat untuk berkahwin dengan kos RM30k, 'Gadis Kerja HKL yang mahu kahwin, beli rumah dan Kereta', dan banyak lagi.

Di setiap penulisan beliau, Muhd Farid menegaskan setiap impian (yang memerlukan wang) boleh dicapai dengan syarat pengurusan kewangan mestilah betul berdasarkan tahap kewangan masing-masing. Ini bermakna, cara pengurusan wang adalah unik kepada individu berdasarkan komitmen dan pendapat masing-masing.


Sumber: FB Muhd Farid
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "