Bukan itu sahaja, ilmu mengenai memancing juga perlu ada, tidak boleh redah begitu sahaja, jumpa sungai, tali air, atau laut, terus lontarkan tali pancing, tanpa tahu kawasan tersebut ada ikan atau tidak. Akhirnya, pulang dengan kehampaan, tanpa seekor ikan pun.
Tapi, tahukah anda, sebenarnya anda boleh tahu dekat mana sebenarnya menjadi ‘port’ ikan untuk ‘lepak’, dan menurut dari laman Profishganda, terdapat 8 lubuk ikan yang anda boleh kenalpasti, tidak kiralah di muara, laut, kolam, mahu pun sungai.
Jom kita ikuti perkongsian darinya.
Memancing ni memang kadang-kadang ikut rezeki juga. Tapi ada masanya kaki pancing perlu berusaha juga untuk dapatkan hasil terbaik. Mengenalpasti lubuk ikan bermain menjadi antara ilmu yang perlu kaki pancing tahu. Iyelah, dengan mengetahui lubuk ikan bermain, faktor mendapat strike akan jadi lebih mudah.
Nak memancing tapi nak main redah je? Tak boleh tu bro. Kadang-kadang kita kena ambil tahu juga potensi lubuk memancing untuk dapatkan hasil terbaik. Profishganda ingin berkongsi antara 8 petua mengenalpasti lubuk ikan bermain. Petua ini boleh digunapakai di laut, pantai, muara, sungai atau kolam. Moga bermanfaat untuk semua.
Burung yang banyak di permukaan air menunjukkan kawasan itu banyak anak-anak ikan seperti bilis yang sering menjadi makanan ikan pemangsa yang lebih besar.
Reba sering menjadi ‘rumah kediaman’ buat ikan-ikan pemangsa yang besar seperti sebarau, siakap, MJ dan kerapu.
Geng ‘casting’ gemar mengejar ‘boiling’ ikan untuk mendapatkan ‘strike’. Boiling ini membawa maksud ikan bermain di permukaan air.
Foto: Platspender
Jangan tak tahu, longgokan sampah yang terapung di permukaan air bukanlah tiada apa-apa, kerana pada dasarnya menjadi tempat ikan tertentu untuk bermain, seperti ikan pecah periuk, dan telinga gajah.
Alur atau sungai kecil ini adakalanya membawa sisa makanan ke laut, yang mana ia menjadi tempat ikan tertentu berkumpul mencari makan.
Paloh atau laluan ikan boleh diketahui sewaktu air surut yang mana laluan ikan ini merupakan kawasan yang masih bertakung airnya biarpun air surut sepenuhnya.
Bila air pasang sudah kembali, kenal pasti kedudukan paloh itu tadi, tadi dan campakkan umpan di kawasan tersebut.
Kawasan anak sungai atau air terjun mini ini menjadi kawasan anak ikan berkumpul. Ini kerana, di kawasan inti terdapat kandungan oksigen terlarut yang tinggi.
Disebabkan itu, ikan pemangsa juga aktif di kawasan ini untuk mengejar anak ikan.
Kawasan empangan yang airnya mengalir juga menjadi kawasan pemangsa memburu anak-anak ikan.
Banyak juga ya kawasan yang menjadi lubuk ikan, admin sebelum ini kalau pergi sungai memang main serkap jarang saja lempar tali pancing tu, patutlah punya lama tunggu nak dapat ikan. Lepas ini bolehlah carik lubuk-lubuk ikan ini, mana tahu ada rezeki dapat ikan yang besar-besar, bolehlah buat masak tiga rasa. – Siakap Keli