Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

15 Tips Persediaan Penting Yang Anda Harus Lakukan Terlebih Dahulu Sebelum ‘Travel’ Ke Luar Negara

23 Feb 2017
No Comment

Bagi mereka yang berpeluang untuk melancong ke luar negara sudah pasti menjadi saat yang gembira, lagi-lagi setelah sekian lama mengumpul perbelanjaan, dan menunggu lama untuk ianya mencukupi, setelah masanya tiba, ia bagai kepuasan buat diri.

Mungkin ada di antara kita yang telah merancang beberapa bulan lebih awal sebelum ‘travel’ ke luar negara, tapi tidak kurang juga ada yang merancang pada saat-saat akhir.

Namun, walau apa pun yang anda rancang, pastikan anda tidak terlepas 15 persediaan yang harus dilakukan sebelum ‘travel’ ke luar negara, menurut dari perkongsian saudara Zaid Traveler ini. Mari kita tengok persediaan bagaimana yang harus kita titik beratkan.


Ini saya kongsikan beberapa tip penting persediaan sebelum travel ke luar negara. Semoga bermanfaat.

1- Sesetengah negara perlu suntikan vaksin seperti Hepatitis A, Hepatitis B dan Typhoid. Sebelum berlepas pergi, buat semakan terlebih dahulu di negara tersebut sama ada perlu suntikan vaksin ataupun tidak.

2- Beli insurans kembara, jangan berkira untuk melabur RM80 untuk insurans kembara, ini sangat penting dan berguna terutamanya jika berlaku kes kecemasan seperti kemalangan jalan raya ketika berada di luar negara.

3- Jika anda penggemar aktiviti lasak, sebelum membeli insurans kembara, semak dengan teliti polisi insurans adakah aktiviti lasak termasuk sekali dalam perlindungan, takut nanti selepas terjun bungee patah kaki tetapi insurans tidak cover.

4- Buat beberapa salinan paspot, dan tinggalkan satu salinan paspot dan itinerary perjalanan anda pada waris terdekat sebagai persediaan jika berlaku kes kecemasan ketika berada di luar negara.

BACA: Lelaki Ini Kongsikan 10 Tip Untuk Membantu Anda Melepasi Imigresen Apabila Melancong Di Luar Negara

5- Daftar dengan kedutaan atau pejabat konsulat Malaysia di negara yang anda akan pergi, jika berlaku sebarang kes kecemasan seperti bencana alam atau ancaman perang, pihak kedutaan boleh menghubungi anda untuk proses evakuasi dari negara tersebut.

6- Hubungi pihak bank untuk mengaktifkan penggunanaan kad kredit atau kad debit di luar negara.

BACA: Tidak Pasti Berapa Banyak Duit Perlu Dibawa Bila Melancong, Wanita Ini Ada Jawapannya

7- Buat semakan tentang bayaran keluar masuk negara tersebut, kerana sesetengah destinasi bayaran cukai lapangan terbang tidak termasuk dalam tambang tiket, tiba-tiba masa nak balik nanti duit tunai dah habis buat shopping, kad atm pula tak boleh pakai.

8- Sediakan buku panduan travel ataupun muat turun aplikasi panduan travel yang mengandungi maklumat destinasi yang ingin dituju.

9- Bawa travel adapter, kerana plug yang terdapat di lain-lain negara kebanyakkannya tidak sama dengan Malaysia, jadi amat penting untuk membawa travel adapter bersama.

10- Bawa ubat-ubatan penting seperti panadol dan ubat cirit birit, dan bawa juga plaster luka.

BACA: Risau Jatuh Sakit Ketika Melancong, Ubat Ini Wajib Dibawa Bersama Anda Ketika 'Travel'

11- Bawa sedikit makanan ringan seperti roti, biskut dan snack. Sesetengah destinasi jarak antara lapangan terbang ke pusat bandar sangat jauh, paling tidak sebelum tiba ke tempat penginapan anda ada bekalan makanan untuk buat alas perut.

12- Sediakan sepasang pakaian untuk di bawa dalam hand luggage.

13- Kebanyakkan tempat utama lawatan di luar negara ada disediakan tempahan tiket masuk secara atas talian, contohnya muzium Louvre di Paris. Untuk elak dari beratur panjang, beli tiket masuk awal juga dapat membantu menjimatkan masa semasa travel nanti.

14- Semak tarikh luput paspot, pastikan tarikh luput paspot mempunyai tempoh sah laku sekurang-kurangnya enam bulan dari tarikh berlepas.

15-
Akhir sekali, semak status diri dengan jabatan imigresen, takut masa di lapangan terbang nanti tiba-tiba paspot tak dapat akses sebab sangkut tak bayar PTPTN!. Huhu…
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "