Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Kononnya Pura-Pura Buta Adalah Pemegang Kad OKU Yang Sah - JKM

11 Jan 2017


Wanita menjual tisu - yang kisah yang kononnya dia berpura-pura buta yang tular di media sosial - adalah pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang sah.

Menurut Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bharu, Manayi Ibrahim, mata kanan wanita berusia 43 tahun itu buta sepenuhnya manakala mata kirinya hanya boleh mengesan warna terang.

Kata Manayi lagi, wanita itu hadir bersama-sama dua anaknya ke pejabat JKM kira-kira jam 10 pagi semalam.

"Dalam pertemuan itu, wanita itu dan anak-anaknya memberitahu JKM bahawa mereka kecewa dengan penyebaran gambar berkenaan di laman sosial," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebelum ini, kisah wanita terbabit yang kononnya berpura-pura buta menjadi tular di media sosial.

Tambah Manayi lagi, JKM turut menasihatkan wanita itu supaya mencari pekerjaan sesuai agar tidak mengundang perspektif serong dari masyarakat, selain meminta agar wanita berkenaan memperbaharui kad OKU memandangkan kad yang ada pada simpanannya adalah kad alam.

Mengenai video yang menunjukkan wang berjumlah RM14,000 di kaunter bank pula, Manayi berkata wanita terbabit memberitahu duit tersebut adalah milik rakan-rakan peniaga tisu lain yang diserahkan kepadanya untuk disimpan di bank.

Sumber: Bernama
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "