Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[Video] Ruangan Almari Pakaian Kelihatan Seperti Tempat Simpanan Harta Karun, 7 Tip Ini Bakal Mengubahnya Menjadi Lebih Bersistematik

4 Jan 2017
No Comment

Almari pakaian merupakan salah satu tempat penyimpanan yang menjadi kegemaran semua orang, ianya bukan sahaja menjadi ruang peribadi yang digemari, tetapi juga salah satu kepuasan diri, di mana anda dapat merasakan diri anda dan pakaian anda, adalah dua gabungan yang serasi.

Namun begitu, terdapat beberapa tabiat kita yang gemar untuk menyimpan, dan menyumbat apa sahaja di dalam almari, disebabkan itu, terdapat lambakan pakaian yang sudah lama, dan tidak dipakai oleh anda lagi. Ini akan menampkkan almari pakaian anda seperti tempat simpanan barang pula.

Bagi memastikan anda mempunyai ruangan almari yang sistematik dan teratur, admin kongsikan 7 tip bagaimana untuk memastikan anda dapat memulakan hari anda dengan lebih bersemangat, dengan adanya lamari pakaian yang sedap mata memandang.

Jom kita ikuti perkongsian dari HGTV Handmade ini.


1. Dermakan Pakaian Yang Sudah Tidak Dipakai

Andai kata anda mempunyai banyak pakaian yang sudah tidak diperlukan, sama ada sudah tidak muat, atau anda sememangnya sangat jarang sekali memakai pakaian tersebut, anda boleh sahaja mendermakan pakaian tersebut, atau membuat kraf tangan dengan pakaian lama tersebut.

Terdapat beberapa tempat yang menyediakan tong khas untuk meletakkan pakaian yang didermakan, atau boleh sahaja pergi ke mana-mana tempat yang memerlukan, dan berikan kepada mereka. Ia bukan sahaja membantu anda mengurangkan ruang almari, tetapi beri kegembiraan buat yang tidak mampu.


2. Kategorikan Pakaian

Bagi anda yang mempunyai pakaian yang banyak, dan bermacam warna serta gaya, anda boleh sahaja menyimpan pakaian mengikut kategori mereka. Sebagai contoh, baju, seluar, blouse, atau mengikut warna, yang mana, nanti memudahkan anda untuk ‘mix and match’ pakaian anda kelak.


3. Seragamkan Hanger

Sudah pasti anda banyak mempunyai hanger yang berlainan saiz di rumah, bagi menampakkan almari pakaian anda lebih tersusun, lebih baik anda menggunakan jenis hanger yang sama untuk kesemua pakaian anda. Bukan sahaja nampak lebih kemas dan tersusun rapi, tetapi juga memudahkan anda untuk mengambil, dan menggantung pakaian kerana ianya mempunyai saiz yang sama, serta tidak lagi tersangkut antara satu sama lain.


4. Hanger Bertingkat

Ini amat sesuai sekali buat anda yang mempunyai ruang yang terhad, bukan sahaja boleh sangkutkan di dalam almari, tetapi juga di pintu almari, atau bahagian tepi almari. Ia boleh digunakan untuk menyangkut beberapa helai pakaian sekaligus, juga boleh dijadikan sebagai tempat penyangkut skirt anda.


5. Membuat Sendiri Penyangkut Tudung Anda

Mudah sahaja, anda hanya memerlukan gelung langsir, atau boleh sahaja gunakan gelung yang dijual untuk kertas, yang boleh didapati di kedai buku. Ia amat sesuai untuk menyangkut tudung anda, dan mungkin juga tali pinggang atau tas tangan yang kecil, begitu serbaguna, dan jimatkan ruang almari anda.


6. Gunakan Rak Almari Dengan Maksimum

Untuk Nampak lebih kemas, anda boleh sahaja menggunakan kotak, atau bakul yang sesuai untuk diletakkan di dalam rak almari anda. Bukan sahaja nampak lebih kemas, tetapi memudahkan anda untuk mencari pakaian anda, atau mungkin beg anda jika dilabelkan pada bakul tersebut.


7. Pembahagi Laci Atau Bakul Simpanan

Sangat mudah untuk dilakukan, anda boleh sahaja menggunakan kotak lama yang agak keras, dan ukur saiz bakul atau laci anda. Anda sudah boleh membuat pembahagi laci anda dengan mengikut keselesaan dan kretiviti anda sendiri. Ini boleh menambahkan lagi, ruangan almari anda dengan lebih tersusun.


Tip tambahan, jika anda seorang yang suka menyimpan kasut atau sandal di tempat khas, boleh sahaja gunakan kotak atau beg penyimpanan kasut yang khusus untuk meyimpan kasut anda. Jika yang bertutup, pastikan ianya lutsinar, kerana mudah untuk anda mengetahui kedudukan kasut tersebut. Boleh letakkannya di bawah katil anda.

Moga-moga perkongsian ini, dapat memberikan anda gambaran yang lebih jelas, bagaimana untuk memastikan almari pakaian anda lebih praktikal, mudah, dan tersusun. Selepas ini, bolehlah mula mengemas, dan keluarkan apa yang sudah tidak digunakan lagi. – Siakap Keli

"

Sumber: YouTube HGTV Handmade

BACA: [Video] 5 Benda Ini Anda Perlu Ada Untuk Kelihatan Bergaya





Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "