Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tip Keselamatan Ini Boleh Dilakukan Untuk Mengelakkan Kenderaan Anda Dari Mudah Untuk Dicuri

26 Jan 2017
No Comment

Kes kecurian kenderaan sering kali terjadi kepada masyarakat kita, ada ketikanya walau telah meletakkan kenderaan di tempat awam, kenderaan masih lagi dapat dicuri oleh pencuri. Jika perkara sebegini terjadi, sudah pasti ia akan memeningkan kepala.

Lebih-lebih lagi buat mereka yang bergantung sepenuhnya kepada kenderaan tersebut untuk mencari rezeki, pergi kerja, jumpa client, buat temujanji atau apa sahaja. Dengan tiadanya kenderaan, segala aktiviti harian yang dilakukan akan sedikit terganggu.

Bagi kita pula, mungkin kita telah merasakan bahawa kereta kita telah selamat, kerana mempunyai ‘alarm’, namun, masih banyak yang boleh dilakukan dalam mengelakkan kereta dicuri oleh pencuri. saudara Sayuti Wan Chik kongsikan tip yang boleh dilakukan agar anda tidak menjadi mangsa pencuri kereta.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Innalillahiwainnailaihirajiun. Baru saja berlaku kes kecurian sebuah pick up 4x4 di Jitra malam tadi. Turut bersama seorang anak kecil dalam kenderaan tersebut. Mujurlah ditinggalkan ditepi jalan. Alhamdulillah selamat khabarnya.

Suka saya berkongsi dengan sahabat semua,

1. Pasang 'GPS Tracker'

Pasanglah 'gps tracker' pada kenderaan kau tu sebaiknya lebih daripada 1. Biarlah mahal sedikit tak apa daripada tak pasang langsung. Risikonya besar. Terutamanya kenderaan Pick Up 4x4 (Hilux,Dmax,Ranger,Triton,Navara dan lain-lain). 

Terpakai juga untuk semua jenis kenderaan, jangan ingat pakai Axia, Myvi dan kereta biasa yang lain terkecuali ya. Kau mampu beli kenderaan yang mahal takkan tak mampu beli tracker yang harganya beberapa % nilai kenderaan anda. Fikir-fikirkanlah.

2. Matikan Enjin Kenderaan

Tutup enjin kenderaan kau tu apabila berhenti dimana-mana lokasi. Di stesen minyak, depan kedai beli rokok, minimarket beli roti, depan 'market' beli lauk, kat mana-mana sajalah walaupun depan rumah sendiri. Tak rugi berapa minit sangat pun jika nak dibandingkan kerugian yang lebih besar apabila kenderaan kau dicuri. Melainkan kau memang niat siap-siap nak sedekahkan kenderaan kau. Besar pahalanya mudah-mudahan. Begitu.


3. 'Mechanical Lock'

Pasanglah 'mechanical lock' dibawah stereng kenderaan anda. Kosnya dalam RM300 hingga RM400. Kau carilah di kedai aksesori kenderaan. Belambak dijual. Sekurangnya ianya membantu menyelamatkan kenderaan, melambatkan proses kecurian. Kalau dah nama pencuri memang kerja dia mencuri. Kita la kena ambil langkah berjaga. Curi hati tak apa. Eh tetiba.

*TAMBAHAN

4. Jangan Tinggalkan Anak Dalam Kereta

Usah sesekali tinggalkan anak dalam kenderaan walaupun anda nak isi minyak di stesen minyak, berhenti sekejap di kedai atau dimana sahaja. Jangan jadi pemalas sangat boleh? Bawalah anak tu sekali walaupun parking betul-betul depan lokasi yang kau nak berurusan tu. Dah kalau anak tu ramai pun kau bawak ja lah semua. Biarlah susah sikit tak apa daripada hilang anak depan mata. Allah Allah. Hilang kereta ada insuran. Hilang anak? Insuran mana pun tak boleh ganti. Nauzubillah.

Kalau kau dah buat dan pastikan semua diatas jangan lupa kongsikanlah pada rakan-rakan, kejiranan, saudara mara & semua kenalan kau.

Dah kalau banyak sangat nak pesan, klik sajalah share kat bawah ni, mudah-mudahan bermanfaat buat orang lain juga.

Terkini : Kenderaan tersebut telah dijumpai, nasib baik malam. Kalau siang dah selamat masuk Dannok dah.

Sayuti Wan Chik
Beringat, berpesan-pesan untuk kebaikan bersama.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "