Sabah, 10 Jan - Satu gempa bumi berskala Ritcher 7.3 melanda Celebes Sea dalam kejadian kira-kira sebentar tadi.
Gempa itu berlaku 466km timur laut Semporna, Sabah kira-kira jam 2.13 petang.
Bernama dalam satu tweet melaporkan kesan gegaran dari gempa itu turut dirasai di Sabah.
Menurut Met Malaysia, tiada ancaman tsunami dikeluarkan.
Sementara itu, akaun twitter komuniti Kota Kinabalu, @KKCity, memuat naik foto pekerja di bangunan SESB keluar dari bangunan tersebut susulan gegaran yang dirasai.
Pekerja di bangunan SESB di luar bangunan sekarang akibat gegaran sebentar tadi. pic.twitter.com/sMNcGBckNU— BKI (@KKCity) January 10, 2017