Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pesan Abang Terlajak Laris Buat Mereka Yang Serius Untuk Berjaya Dalam Perniagaan

5 Jan 2017
No Comment
Foto: TV14

Dalam melayari dunia perniagaan, sudah semestinya akan berdepan dengan pelbagai rintangan, ianya bermula sejak pertama kali membuat keputusan untuk mempunyai perniagaan sendiri. Pinjaman kewangan, jenis perniagaan, kawasan strategic juga rakan kongsi menjadi antara perbincangan yang diketengahkan.

Ada di antara mereka yang terpaksa berdepan dengan masalah yang melambatkan lagi proses perniagaan mereka. Bukan itu sahaja, jika pun sudah mempunyai perniagaan, tetapi timbul pula masalah lain, seperti ketiadaan pelanggan, dan untung yang tidak memberangsangkan.

Namun begitu, dalam setiap yang dilakukan, terdapat ‘resipi’ yang membolehkan anda untuk mengecapi apa yang anda inginkan, dan ianya telah dilakukan oleh jutawan kosmetik terkenal, iaitu Dato’ Aliff Syukri Kamaruzzaman, menerusi perkongsian dari saudari Rosfazila Ramli.

Mari kita lihat bagaimana cara Dato’ Aliff dalam meguruskan perniagaannya.

Foto: Media Hiburan

Perkongsian Bisnes Dato' Aliff Syukri

Sepatutnya artikel ini saya buat selepas rahsia kejayaan Neelofa dan Puan Anne Idris jutawan kek.

Tapi hujung tahun lepas agak sibuk sedikit dengan hal-hal bisnes dan keluarga, jadi hari ni baru berkesempatan nak menulis.

Kebetulan beberapa hari lepas terlihat video 'dikocok kocok' pick up line Dato' Syukri dan isteri di FB. kelakar sangat. Terus teringat belum tulis perkongsian Dato'.

Rahsia Kejayaan Dato' Aliff Syukri bin Kamaruzzaman.

Pertama kali melihat Dato' Aliff Syukri secara life saya perhatikan karektor dia sama sahaja sama ada di dalam TV atau pun di video-video yang beliau kongsi dengan follower.

Orangnya happening, memang menggamatkan suasana. Tidak plastik. Mesra dengan sesiapa sahaja.

Beliau rupanya baru berumur 29 tahun (2016). Berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Hobi memasak dan sangat sukakan kucing.

Berasal dari keluarga felda yang miskin. Ayah penoreh getah. Belajar tidak pandai. Pendidikan setakat SPM sahaja. Itupun tak lulus. Orang selalu kata dia 'budak b*d*h'. Sebab ada penyakit Dyslexia.Tidak akan berjaya dalam hidup.

Kata-kata itu benar-benar membakar semangat beliau untuk berjaya. Beliau yakin walaupun tidak belajar tinggi dia boleh berjaya kalau berusaha dengan gigih.

Selepas berhenti sekolah. Dato' Aliff mula bekerja di bahagian customer servis tetapi perasaan untuk berniaga sentiasa berkobar-kobar dalam dirinya.

Beliau kemudiannya berhenti kerja dan mula menjual produk kecantikan dari rumah ke rumah, pintu ke pintu dan panjat tangga pejabat.

Kemudian, berniaga di pasar pagi dan pasar malam selama 2 tahun setengah. Sambutan yang hebat dari pelanggan membuatkan tercetusnya idea untuk menjual produk kecantikan jenama sendiri.

Daripada keuntungan jualan di pasar malam, beliau menubuhkan perniagaan D' Herbs pada tahun 2010 ketika berusia 23 tahun. Mendapat gelaran Dato' ketika berusia 25 tahun.

Pesan Dato' Aliff

- Dalam berniaga jangan malu. Orang lelaki tidak berani pakai baju kilat-kilat, saya pakai. Cipta kelainan. Hanya untuk bisnes. Jika diluar bersama keluarga saya lebih suka yang simple.

- Bangga dengan apa yang kita jual. Kalau kita malu nak jual, orang pun malu nak beli.

- Apa-apa benda yang kita jual mampu menjadikan kita jutawan. 'Produk' itu alat sahaja. Yang penting bagaimana cara kita memasarkannya.

- Buat sesuatu yang 'catchy' yang buatkan orang ingat.

- Buat periklanan diluar imaginasi anda.

- Beliau pernah buat jualan RM5 juta dalam masa 3 bulan pada awal perniagaannya.

- Pasang matlamat. Tulis apa yang hendak dicapai. Beliau pada awalnya, tulis impian di kertas A4 dan tulis tarikh bila nak capai. Antara impiannya ialah kereta idaman : kereta toyota camry dan nak beli satu unit kondominium. Sekarang beliau ada beberapa kereta mewah dan 200 properties seluruh Malaysia.

Bagaimana Menangani Masalah Perniagaan

- Perniagaan itu bukan setakat mengira untung dan rugi. Ia datang bersama pakej cabaran dan kesusahan. Besar cabaran yang kita hadapi lagi besar kejayaan yang akan anda kecapi.

- Masalah itu seperti kentut. Tidak boleh disimpan. Akan menjadi toksik dalam badan. Kena dilepaskan. Tenang-tenang cari solusi. Apa jua masalah inshaallah akan ada penyelesaiannya. Lupakan penghinaan. Teruskan perjuangan.

- Masalah/ cabaran itu adalah satu sijil yang akan meningkatkan potensi diri anda.

Beliau masih menulis impian. Antara impian yang beliau kongsi ialah ingin membina rumah banglo idaman, membuat jualan 15 juta sebulan dan membina rumah anak-anak yatim.

- Siakap Keli

BACA: Berdepan Kesukaran Untuk Mendapatkan Pelanggan? Cuba Langkah Ini, Tentang Bagaimana Untuk 'Psiko' Pelanggan Tanpa Mereka Sedar
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "