Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pemilik Kedai Kebab Upah Pemuzik Mainkan Lagu Untuk Biri-Birinya Bagi 'Tambah Perasa'

23 Jan 2017
No Comment


Seorang pemilik kedai kebab sanggup mengimport sekumpulan pemain muzik seramai 12 orang yang berada lebih 1,000 km jauhnya untuk memainkan muzik kepada biri-birinya - dengan harapan agar perkara itu akan menambahkan perisa pada daging haiwan tersebut.

Ali Kocak, yang mempunyai restoran di daerah Nilufer, utara-barat Turkey, mendapat idea itu selepas mendengar bahawa peladang memainkan muzik klasik untuk meningkatkan kualiti susu lembu.

Dia mengupah 12 pemuzik dari kumpulan muzik tradisional dari kampung halamannya di Sanliurfa.

Kocak berkata: "Orang eropah memainkan lagu Mozart kepada haiwan untuk meningkatkan rasa susu dan daging jadi saya mengambil keputusan untuk memainkan lagu tradisional untuk biri-biri saya.

Kocak mempunyai hampir 1,000 biri-biri dan kambing.

Katanya lagi: 'Ianya sangat bagus. Saya akan lakukan lagi. Saya gunakan daging dari 60 haiwan sehari di restoran dan saya pasti muzik tradisional Sanliurfa akan meningkatkan lagi perisanya".

Sumber: Metro.co.uk

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "