Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pegawai Polis Maut Selepas Terlebih Kerja Tanpa Rehat

23 Jan 2017

GUANGXI, CHINA - Seorang pegawai polis atasan yang bekerja di bahagian anti narkotik di Barat daya China meninggal dunia mengejut selepas bekerja lebih masa selama beberapa hari tanpa rehat.

Gan Kewei, 36, yang bekerja di Nanning, Guangxi meninggal dunia dunia akibat pendarahan otak 16 hari selepas dimasukkan ke hospital, kata laporan.

Gan dimasukkan ke hospital setelah dia terjatuh di rumah selepas pulang dari satu trip ke Jiangxi untuk menahan suspek (berkaitan kes dadah).

Menurut rakan, Gan enggan berehat selepas trip itu biarpun sudah dicadangkan oleh bosnya dan dia kembali bekerja seperti biasa sehingga melebihi waktu bekerja secara berterusan.

Gan sememangnya terkenal sebagai seorang polis yang rajin dan banyak menerima anugerah di atas sumbangannya membanteras kes dadah besar di negara terbabit.

Beliau dikatakan mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang penjenayah utama dalam sindiket dadah serta pernah menyamar dalam beberapa kes.

Malah, dia pernah menolak tawaran kerja dari sebuah syarikat internet yang menghargai kemahiran menganalisa data yang dimilikinya.

Sumber: SCMP
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "