Sama ada anda memasuki hutan untuk aktiviti lasak, seperti menggunakan kereta pacuan empat roda, mendaki gunung, atau berkhemah, terdapat beberapa perkara yang anda harus tahu terlebih dahulu, sebelum mula untuk memasuki hutan yang ingin dituju tersebut.
Menurut laman BC Adventure Outdoor, terdapat 12 ilmu yang anda perlu hadamkan, mengenai hutan, sama ada berkaitan haiwan, sistem pengairan, seperti sungai, mahu pun tumbuh-tumbuhan.
Mari kita baca ilmu apa yang perlu kita tahu terlebih dahulu.
Berikut merupakan senarai 12 TIPS ILMU HUTAN PENTING yang perlu anda hadam sebelum meneruskan pengembaraan!
Kalau kita jalan di waktu malam, terutama di hutan padat dekat dengan air terjun dan sungai, bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda-benda bercahaya warna hijau, ala-ala benda yang pendarcahaya.
Benda yang bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa-apa, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dengan sedikit bantuan cahaya dari bulan bintang. Yang bestnya, lumut ni hanya tumbuh di denai (laluan kecil binatang atau manusia), jadi kalau sesat.. ikut saja laluan ni di waktu malam. Insya-Allah, tak langgar pokok.
Kalau terserempak dengan ular masa dalam hutan, jangan buat gerakan mengejut. Stay still dan undur balik.
Ular tedung patuk tak kira masa, penglihatan ia sensitif pada pergerakan. Kalau nampk dia just stay statik, bila ia tengok tempat lain perlahan-lahan undur ke belakang. Ular tedung akan kembang bila rasa terancam untuk takutkan pemangsa (kita lah tu).
*kredit kepada tuan Firdaus Abdul Razak, pakar ular.
Spesies kera takkan lari bila kita libas dengan sebatang ranting kayu, in fact dia lebih lincah dari gerakan ranting kita. Untuk halau kera, patahkan pokok renek dengan daun dan ranting yang mengembang dan hayunkan pada kera, baru lari.
Rasionalnya, ranting dan daun yang kembang tu nampak lagi besar dari sebatang ranting. (belajar dari askar)
Kalau memancing dalam hutan, sedang dalam hutan tu jadi sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi ‘diam’, kemudian disusuli dengan bau hamis, confirm ada harimau.
Apa lagi, letupkan satu mercun bola (belajar dari orang asli)
Hutan paya di Malaysia ni banyak beruang madu (kecil, sekerat pinggang dengan dada berwarna oren). Kalau terserempak, kita perlu menjerit lantang pada dia dan buat seperti nak kejar untuk takutkan dia.
Automatik beruang tu akan lari.
Kalau berkhemah di tepi sungai, jangan pasang khemah tepi air, sebaliknya buat di kawasan yang pokok-pokoknya besar. Tandakan satu batu yang besar, kalau tengah malam batu tu hilang, maknanya aras air tengah naik la tu (belajar dengan kaki pancing)
Tanda-tanda kepala air:
i. Kalau hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dalam perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit).
ii. Kehadiran buih-buih putih pada tempat tak berbuih, sebab biasanya tempat air jatuh saja yang ada buih. Tempat air mengalir biasa yang tiba-tiba ada buih-buih halus muncul. Itu tandanya arus bawah lebih laju daripada aras atas.
iii. Akan ada daun basah hanyut.
iv. Ada perubahan warna air daripada jernih bertukar jadi oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar (kepala air) datang.
v. Bunyi air lebih kuat daripada biasa, dari kejauhan dah dengar.
Sebaliknya ambil air di tengah sungai atau tempat yang mengalir deras. Rasionalnya tikus, rusa, kancil, khinzir dll kencing di tepi sungai dan arus akan tolak air kencing tu ke tebing.
Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya seperti harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dari jauh dengar bunyi kera yang bising, tentu ada binatang besar tengah lalu.
Apabila makan makanan yang dimasak seperti ikan bakar dll, mesti habiskan makanan dan hanyutkan atau tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera dan gajah untuk datang bertandang.
Selesaikan semua urusan seperti memasak, mandi, membasuh dll sebelum jam 5 petang kerana selepas waktu tersebut, hutan sudah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari.
Hutan yang bising dengan bunyi unggas lebih baik di waktu malam daripada hutan yang sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada apa-apa yang tak kena.
i. Cari kanopi yang masih hijau. Bila dah tentukan nak pasang khemah, dongak ke atas dan cari pokok muda dengan rimbunan daun yang masih hijau. Risiko kena hempap ranting dahan bila angin adalah rendah.
ii. Tentukan ketinggian khemah sekurang-kurangnya 4 kaki dari aras air sungai. Kalau landai, jangan buat khemah di situ. Kawasan landai biasanya ada banyak pokok rendah-rendah dan renek macam pokok senduduk. Itu tandanya air selalu naik di kawasan tu. Cari kawasan yang pokoknya besar-besar.
iii. Tentukan laluan denai dalam radius kawasan 20 meter dari khemah. Jangan buat khemah dalam laluan denai, sebab laluan denai bukan untuk manusia sahaja, tetapi laluan haiwan juga.
iv. Bersihkan lantai tapak perkhemahan daripada daun dan pokok-pokok renek. Pakai ranting-ranting pokok, sapu sampai nampak tanah dan tiada daun. Kurang sedikit risiko disengat lipan atau kala jengking.
v. Tabur karbaid warna kuning pada kawasan sekitar khemah.
vi. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T-shape, pasang khemah secara menghadap atau berhadapan dan unggun api di tengah.
vii. Dalam nyalaan unggun api tu, standby dengan beberapa batang kayu panjang. Kalau boleh, sesuai dengan jumlah orang yang camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, capai lah kayu yang ada api ni sebagai senjata. Binatang lebih takut api berbanding parang atau pisau.
viii. Buat perimeter, takut-takut binatang datang ke khemah (terutamanya beruang) sebab bau masakan. Buat pagar dengan tali tangsi dan loceng. Langgar tali tangsi, loceng akan berbunyi.
- Siakap Keli
BACA: Pernah Dengar Akan Buff, Atau Penutup Kepala, Jom Kita Lihat Apa Yang Boleh Dilakukan Dengan Buff Ini