Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Calon Puskas 2017? Gol Lencong Bekas Pemain TRW, Dimitri Petratos Pula Curi Tumpuan Dunia

15 Jan 2017

Jaringan gol dari bekas pemain The Red Warriors, Dimitri Petratos, mencuri tumpuan dunia apabila bola itu dilencongkan dengan menarik, lebih kurang sama seperti gol Faiz Subri yang memenangi anugerah Puskas 2016 baru-baru ini.

Dimitri menjaringkan gol tersebut ketika mengambil sepakan percuma untuk pasukannya, Brisbane Roar ketika dalam perlawanan menentang Melbourn Victory baru-baru ini.

Hasil knuckle ball olahan Dimitri, bola berjaya dilencongkan dengan sempurna menuju ke penjuru gol menyebabkan penjaga gol di gawang Victory tergamam tanpa kata-kata.

Perlawanan tersebut menyaksikan pasukan Melbourne Victory menang dengan mata 3 - 2.

Dimitri sempat berkhidmat untuk The Red Warriors (TRW) pada 2012 - 2013.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "