Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Haramkan Kapchai Masuk Kuala Lumpur, 2 Kementerian Tampil Tentang Cadangan Berkenaan

17 Jan 2017
No Comment

Semalam heboh diperkatakan di media sosial di mana Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sedang mengkaji untuk mengharamkan motosikal berkuasa rendah daripada memasuki Kuala Lumpur untuk mengurangkan masalah pencemaran.

Nampaknya, cadangan berkenaan telah menerima tentangan ramai orang termasuk menteri daripada dua kementerian.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, larangan bekenaan perlu disokong dengan kajian saitifik, motosikal bukan punca terbesar yang menyumbang kepada pencemaran.

"Yang kecil-kecil tak lepaskan banyak. Yang besar-besar yang banyak lepaskan. Kenapa kita larang yang kecil-kecil? Kita patut hentikan yang besar-besar," katanya.

Beliau dalam pada itu menyatakan yang beliau bersetuju terhadap cadanagn pengurangan pelepasan karbon dengan mengurangkan pengangkutan persendirian, namun kajian yang sewajarnya perlu dilakukan bagi menentukan sama ada langkah tersebut benar-benar yang paling memberi manfaat kepada alam sekitar.

"Pihak Kementerian saya akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Wilayah Persekutuan bagi berbincang mengenai perkara itu secara lanjut."

"Kita perlu tahu siapa yang membuat pelepasan terbesar. Adakah lori, bas, kereta atau motosikal? Saya tidak tahu pasal motosikal kerana bagi saya, sepatutnya lori-lori besar yang tidak seharusnya dibenarkan masuk," katanya.

Wan Junaidi berkata, Kuala Lumpur boleh melihat bagaimana London menguruskan penduduknya supaya menggunakan pengangkutan awam dengan menjadikan ia sukar untuk memandu kereta di sekitar bandar raya.

Cadangan melarang motosiakal kapchai memasuki Kuala Lumpur turut mendapat tentangan daripada Kementerian Pengangkutan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, kebanyakan penunggang motosikal 'kapcai' merupakan golongan berpendapatan rendah, dan larangan itu hanya boleh dilihat sekiranya terdapat pilihan pengangkutan yang mudah. - Siakapkeli.my

Sumber: mStar

BACA: "Motosikal Kapchai Mungkin Bakal Dihalang Memasuki Pusat Bandar Kuala Lumpur," - Menteri Wilayah Persekutuan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "