Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Foto) Kucing ini Berjaya Turunkan Berat Badan 5 kg Selepas Amal Diet Makan 150 gram Sehari

24 Jan 2017


Ketika pemilik menyerahkannya kepada rumah perlindungan, kucing bernama Watson sangat gemuk dan kelihatan tidak gembira.

Watson dibuang selepas dia mula menghadapi masalah ketika menggunakan kotak najis, berbulan-bulan selepas dia diberi makan makanan berkualiti rendah secara berlebihan.

Ketika itu, Watson terpaksa bergelut untuk bergerak.

Bagaimanapun, nasib Watson berubah apabila dia dibawa ke rumah perlindungan yang membantunya untuk pulih semula.

Dalam masa setahun di rumah perlindungan itu, Watson dipaksa mengamalkan diet istimewa untuk kurus.

"Dia hanya makan manakan dalam tin," kata tuan angkat Watson, Sheila kepada Metro.co.uk.

"Hanya 150 gram makanan sehari, separuh pada waktu pagi dan separuh pada waktu petang.

"Watson kini lebih gembira dan mesra. Dia suka berada dekat dengan tingkap untuk merasa suam matahari. Dia juga sudah boleh bergerak dengan bebas.

Watson sekarang mempunyai berat yang sihat iaitu 7.2kg berbanding lebih 12kg sebelum ini. Dia juga dilihat lebih gembira dan bebas jika dibandingkan saat kali pertama tiba ke rumah perlindungan itu.







Sumber: Metro.co.uk
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "