BACA: 5 Kos Ini Yang Anda Perlu Ambil Tahu Sebelum Membuat Keputusan Untuk Membeli Rumah
Namun, menurut peguam hartanah ini, iaitu saudara Salkukhairi Abd Sukor, terdapat satu pengumuman penting buat semua bakal pembeli hartanah, atau rumah, di mana mulai awal tahun baharu yang lepas, 1 Januari 2017, rumah pertama bernilai RM300k ke bawah, akan dikecualikan duti setem.
Tahukah anda, mulai 1 Jan 2017, untuk pembelian rumah pertama yang bernilai RM300K KEBAWAH, anda akan DIKECUALIKAN daripada bayaran duti setem pindah milik dan duti stem dokumen utama pinjaman.
Manakala untuk hartanah yang bernilai RM301K hingga RM500K pula, anda layak mendapat peremitan sebanyak RM5,000 daripada jumlah amaun sebenar duti setem pindah milik yang akan dikenakan, dan peremitan sebanyak RM1,500 daripada jumlah amaun sebenar duti setem dokumen utama pinjaman yang akan dikenakan.
Misalnya :
1. Nilaian rumah : RM500K
Duti setem pindah milik sebenar : RM9000
Peremitan duti setem pindah milik : RM5000.
RM9000 - RM5000 = RM4000.
Maka, duti setem yang perlu di bayar hanyalah : RM4000 SAHAJA.
2. Jumlah pinjaman : RM450K
Duti setem dokumen utama pinjaman : RM2250
Peremitan duti setem dokumen utama pinjaman : RM1500
RM2250 - RM1500 = RM750.
Maka, duti setem yang perlu di bayar hanyalah : RM750 SAHAJA.
Nak tahu perkiraan duti setem sebenar, sila lihat gambarajah di bawah.
* Peremitan : potongan/ diskaun
Perkiraan duti setem sebenar
Peremitan duti setem pindah milik
Peremitan duti setem dokumen utama pinjaman
Berita HOT
BalasPadamInfo Menarik Siti Nurhaliza Perlu Anda Tahu!!
KECOH! Gambar Fazura Tampil Seksi Dikritik Peminat Bikin Panas!
Bekas Suami Elly Mazlein Terkilan Dituduh Punca Penceraian Angkara Pihak Ketiga!
Heboh NIkita Mirzani Tanpa Bra hadiri Acara Fashion Show
Foto Hot Transformasi Aura Kasih Dari Gadis Lugu Hingga Seksi
Beredar Foto Foto Sexy Nabilah JKT48
Ini Foto Revi Mariska Yang Gila-Gilaan dan Bikin Ngelus Dada
FOTO HOT: Baru 14 Tahun Aaliyah Massaid Berani Pamer Foto Hot Dan Mesra
HEBOH Tragisnya,Nasib BOBOHO
Kumpulan foto foto sexy Amel Alvi