Antaranya adalah Bangkok, Ko Samui, Chiang Mai, Pattaya, dan banyak lagi. Kebanyakan dari mereka yang merancang untuk bercuti ke nagara Thailand ini, akan menggunakan perkhidmatan kapal terbang, kerana lebih cepat tiba ke destinasi tersebut.
Namun, ada juga yang membawa kereta sendiri, untuk ke Thailand. Tapi, bagi saudari Fazleena Hishamuddin pula, dia menggunakan perkhidmatan kereta api, untuk menuju ke Hat Yai, dan ia memberi pengalaman baru buat saudari Fazleena.
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
Sebab ramai yang bertanya, saya kongsi perjalanan ke Hat Yai baru-baru ini menaiki keretapi. Perkhidmatan keretapi yang mempunyai ruang tidur (sleeper bed), dari KL - Padang Besar sudah ditamatkan perkhidmatannya tahun lepas. Telah digantikan dengan ETS. Jadi melepaslah angan-angan nak tidur dalam train, sambil menulis puisi. Gitu. Jadi nak tak nak, sebab hajat hati nak naik sangat keretapi, maka kami booking tiket secara online, boleh guna link ini untuk pembelian.
Tiket Bas & KTM Online
Ada tiga jenis semuanya - Platinum, Gold dan Silver. Yang membezakan tren dan harga tren ini adalah perhentiannya. Platinum lebih cepat, kurang berhenti mengambil penumpang dan jarak masa yang singkat. Silver lebih lama masa perjalanannya kerana banyak stop/berhenti untuk mengambil penumpang. Bagi warga emas dan OKU serta pelajar juga boleh mendapat harga tiket yang istimewa/ konsesi.
* Dari KL Sentral ke Padang Besar, harga tiket orang dewasa sehala adalah RM80 dan kanak-kanak RM44 (Emas/Gold pakej).
Kami naik ETS jam 9.30 pagi. ETS memang tepat waktu. Jadi pastikan jangan sampai lewat ke terminal. Sebab pertama kali naik tren, ETS ni seronok juga. Ada cafe kecil disediakan dengan makanan yang boleh tahan sedap juga. Ada tv yang pasang movie, surau, toilet yang bersih. Selesa untuk perjalanan yang jauh. Tolak-campur macam naik flight juga rasanya. Sepanjang perjalanan kita dihidangkan dengan permandangan yang indah.
Perjalanan mengambil masa 5 jam. Kami tiba di stesen Padang Besar jam 3 petang lebih kurang. Disebabkan nak kejar train klasik Hat Yai yang akan bergerak jam 3.45 waktu Malaysia (waktu Siam sejam lambat dari Malaysia), maka waktu ni kelam-kabut sikit. Sebab nak beratur cop pasport, beli tiket ke Hat Yai, isi borang imigresen.

Boleh bayangkan kalau pergi weekend, mesti akan lebih kelam-kabut. Syukur kami tak perlu beratur panjang. Hanya ada beberapa penumpang yang turut serta bersama kami. Jadi proses berjalan pantas.
* So total kalau kau pergi Hatyai pakai train adalah RM80 + RM10= RM90.
Jadi tertunailah cita-cita saya menaiki tren klasik yang tingkapnya boleh dibuka. Dan beranganlah macam cerita hindustan sambil keluarkan kepala dan tudung melayang-layang ditiup angin nan ganas. Tiket untuk ke Hat yai cuma RM10 bersamaan 100 baht untuk 2 orang. Dan untuk pengetahuan juga, tren ke Hat Yai cuma ada 2 kali. Belah pagi dan petang.
Jadi kalau tak sempat naik train, boleh naik van yang disediakan di pintu masuk sempadan Thai dalam 700 meter dari Terminal Padang Besar. Harga tiket sama juga dengan naik tren. Cuma feel dia totally lain la. Justeru pastikan rancang perjalanan dengan betul dan tepat, supaya bisa naik tren klasik yang menyeronokkan.
Kami tinggal di hotel namanya The Bed, di pekan Hat Yai yang harganya cuma lebih kurang RM100 sehari. Selesa, bersih dan agak luas untuk harga yang macam tu. Kedai makan tak ada masalah. Di mana-mana banyak kedai makan muslim. Komunikasi pun tak ada masalah. Mereka boleh faham cakap melayu.
Hat Yai sedang tengkujuh. Hujan lebih banyak muncul dari matahari. Jadi di sekitar pekan Hat Yai kami berjalan saja. Semuanya walking distance. Cuma untuk ke tempat-tempat tourist attraction, agak jauh dan harus naik pengangkutan lain seperti motorsikal atau tuk-tuk.
Kami pergi 3 hari saja, dari rabu sampai jumaat.

Antara tempat yang kami sempat jejak :
1) Hat Yai Municipal Park
2) Phra Phutthamongkol Maharat
3) Hat Yai Municipal Bird Park
4) Night Market Hat Yai
5) Asean Trade Bazaar
6) Khlong Hae Floating Market
7) Chang Puak Camp Hat Yai
Kesemua tempat-tempat ini harga tiket tak mahal sangat. Ada juga yang masuk percuma saja. Kami banyak habis duit untuk makan. Hehe. Tuk-tuk pula dalam 400 baht bersamaan RM50 sepanjang hari. 2 hari RM100 lebih kurang. Kami pulang menaiki van dari Hat Yai ke Padang Besar. Merasa juga pengalaman bersesak dalam van dengan penumpang lain. Dan beratur cop pasport di sempadan, kemudian jalan kaki ke terminal Padang Besar untuk naik ETS, pulang ke KL.
Paling yang saya nak pergi sangat ialah Floating Market-nya. Kami sampai hujan lebat sangat. Air naik sehinggakan peniaga hanya mampu berdagang di atas jalanan. Amar pujuk hati dengan kata yang nanti bila-bila kita pegi naik kereta aje. Pergi semata-mata untuk floating market saja. Okay, i keep that promise.
Hat Yai syurga makanan. Semua makanannya tak ada yang tak menyelerakan. Nampak simple saja, tapi enak sangat. Sama macam kehidupan, perkara-perkara sederhana akan selalu menang. Trip ke Hat Yai ini amat sederhana, tapi saya merasa sangat bahagia. Saya menikmati ketenangan kotanya, keramahan manusianya, kedinginan musimnya, keenakkan makanannya dan kecintaan masyarakatnya terhadap seni-budaya.
Terimakasih Hat Yai. Semoga kita bertemu lagi.
-Siakap Keli
BACA: Tidak Mahu Menyewa Kereta Ketika Melancong, Ikuti Tip Ini Dan Anda Boleh Bawa Kenderaan Masuk Ke Thailand