Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Celcom Jual iPhone SE Pada Harga Serendah RM188 Kepada Pelanggan First™ Platinum, Termasuk 60GB Data & Panggilan Tanpa Had ke Semua Rangkaian

27 Jan 2017

Mungkin ramai yang belum tahu, Celcom menerusi satu promosi yang dilancarkan baru-baru ini menawarkan iPhone SE pada harga potongan diskaun sehingga 90% kepada pelanggan pelan First™ Platinum.

Dengan langganan yang cuma berharga RM150 sebulan, pelanggan First™ Platinum boleh menikmati pelbagai kemudahan seperti data internet 60GB, panggilan & SMS tanpa had, WhatsApp & Yonder Music tanpa had, First™ 1+5 Family Plan dan lain-lain lagi.


Tawaran Terhad iPhone SE Harga Murah

Dengan melanggan First™ Platinum, pelanggan hanya membayar RM188 untuk peranti iPhone SE 16GB atau RM388 untuk iPhone SE 64GB.

Semua pelanggan baharu atau sedia ada pelan First™ Platinum layak untuk promosi ini tetapi perlu cepat kerana ia akan berakhir  pada 31 Januari 2017. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki iPhone pada harga yang murah.


Kebebasan Melayari Internet Dengan 60GB Data Setiap Bulan

Pelan First™ Platinum membolehkan pelanggan menikmati 60GB data internet iaitu 30GB pada hari bekerja dan 30GB lagi pada hari minggu.

Apa yang boleh dibuat dengan 60GB data internet? Pelanggan boleh menonton 300 jam video YouTube atau 3,600 buah video jika setiap video berdurasi 5 minit.

Keratan dari laman web pelan First™ Platinum


Gabung Kuota Dengan AnydayGB™

Sekiranya pelanggan mahu menggabungkan kesemua kapasiti data (30GB + 30GB) ini untuk kegunaan 24/7, Celcom ada menyediakan servis tambahan yang dikenali sebagai AnydayGB™.

Menerusi AnydayGB™, pelanggan boleh menggunakan 60GB data yang ditawarkan tanpa mengira masa dengan tambahan RM10 sahaja dalam bil bulanan.


Panggilan & SMS Tanpa Had ke Semua Rangkaian

Pelan First™ Platinum juga turut memberikan panggilan dan SMS percuma tanpa had ke semua rangkaian.

Pelanggan First™ Platinum tidak perlu lagi gusar bil bulanan tiba-tiba mencanak naik kerana banyak membuat panggilan.


WhatsApp, Yonder Music Tanpa Had

Banyak menggunakan WhatsApp? Pelan First™ Platinum memberikan akses data tanpa had kepada pelanggannya apabila menggunakana aplikasi WhatsApp. Ini bermakna data yang digunakan ketika mengguna aplikasi WhatsApp tidak akan dikira di dalam kapasiti kuota 60GB yang diberikan.

Begitu juga apabila pelanggan mendengar muzik menggunakan aplikasi Yonder Music. First™ Platinum memberikan kebebasan kepada pelanggannya untuk mendengar muzik tanpa perlu memikirkan tentang had kuota.

Untuk info lebih lanjut tentang pelan First™ Platinum, layari pautan ini https://bluecube.com.my/BlueCubeOnline/plan-details.jsp?product=PB09890:PR03080 atau layari https://www.celcom.com.my/personal/devices/iPhone/overview/iphone-se untuk melihat sendiri iPhone SE murah yang ditawarkan oleh Celcom. Pilih pelan First™ Platinum untuk lebih penjimatan.


Artikel ini dibawakan oleh: Celcom
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "