Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anda Boleh Langsaikan Pinjaman PTPTN Lebih Awal Dari Tempoh Yang Ditetapkan Dengan Menggunakan 11 Cara Ini

22 Jan 2017
7 ulasan

Pembayaran balik pinjaman kewangan sememangnya satu tanggungjawab yang harus dipikul oleh semua orang. Sebolehnya, jika perlu untuk membayar secara ansuran, atau bulanan, mereka yang terlibat seharusnya berbuat demikian untuk mengelakkan denda atau tindakan yang mungkin akan dikenakan kelak.

Begitu juga dengan pinjaman pendidikan, iaitu PTPTN, yang mana ramai di antara kita menggunakan pinjaman tersebut untuk melanjutkan pelajaran sehingga mereka berjaya dalam kerjaya yang dipilih.

Tetapi, mungkin ada di antara kita yang mempunyai kesukaran untuk menetapkan komitmen dalam membuat bayaran balik pinjaman tersebut, atau tidak tahu bagaimana untuk bermula. Menurut tip yang dikongsikan oleh saudari Aqil Awliya, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan, dan ianya ternyata berkesan dalam melangsaikan pinjaman tersebut sebelum masa yang ditetapkan.


PTPTN, KENAPA PERLU MENUNGGU?

Akak bukan orang kaya. Akak adalah rakyat marhaen cuma. Seperti kebanyakan anda, akak pekerja kuli makan gaji sahaja. Maka akak fikir beberapa cara yang akak bakal berikan sesuai digunapakai oleh kita semua.

Akak rasa gembira bila menerima persoalan dari adik muda tentang cara bayar balik PTPTN seawal mungkin. Seriously akak bangga sebab anda memiliki nilai tanggungjawab yang tinggi.

Macam post yang sebelum ni, dengan bantuan Allah, akak telah menyelesaikan tanggungjawab terhadap PTPTN seawal lapan tahun daripada tempoh yang diberikan.

Dan cara akak adalah akak meniru kaedah pembayaran rakan baik akak. Tapi ya, caranya bukanlah mudah.

Cara ini memerlukan pengorbanan keseronokan muda, tiada istilah hidup hipster, tiada henpon berjenama apatah lagi kereta hot and cool.


1. SECEPAT MUNGKIN

Tips asas bayar hutang adalah kita kena ada duit. Tips asas untuk dapat duit adalah kena kerja. Maka tiga bulan sebelum habis belajar jangan sibuk survey baju untuk selfie dengan jubah convo. Itu semua membuang masa. Mulakan pencarian kerja sebelum tamat pengajian. Jangan demand gaji atau acah-acah nak pilih kerja ikut bidang study bagai.

2. SEAWAL MUNGKIN DAN KONSISTEN

Okay... Penah tengok kisah kura-kura masuk perlumbaan? Seawal mungkin anda perlu memulakan pembayaran dan jangan stop tak kira ribut taufan melanda. Pembayaran PTPTN akak yang pertama bermula ketika gaji pertama hinggalah tamat keseluruhan pembayaran RM43K.

3. SENTIASA BERBINCANG

Tahukah anda di zaman akak PTPTN tidak tegas seperti sekarang. Tak de pun istilah CCRIS bagai. Tak nak bayar pun tiada siapa marahkan akak time tu. Tapi bagi akak hutang tetap hutang. Time tu gaji ciput, belanja kat KL memang sesak. Penah time raya akak cuma berbaki RM250 dalam akaun. Cepat-cepat akak tulis surat rayuan minta maaf kat PTPTN atas dasar rasa bersalah sebab tidak membayar ikut jadual. Kalau perlu minta penangguhan bayar tuliskan surat rayuan, pergi kaunter, call dan email. Percayalah dik.. PTPTN boleh dibawa berbincang asalkan kita ini sanggup ambil tanggungjawab.


4. SEBANYAK MUNGKIN

Macam kes akak PTPTN menetapkan akak perlu membuat pembayaran RM280++ setiap bulan selama 15 tahun. Lambat eh. So, akak ikat perut, potong perbelanjaan dan bayar PTPTN melebihi bayaran bulanan. Purata pembayaran bulanan akak sejak muda belia adalah RM350 - RM600. Ianya melebihi 25% hingga 110% dari kadar bulanan yang ditetapkan. Dan gaji akak waktu itu hanya di bawah RM2,000 sebulan.

5. ALASAN TIDAK DITERIMA

Salah satu tujuan akak membayar PTPTN adalah untuk membunuh semua hutang yang tidak mendatangkan pendapatan bulanan. Dan PTPTN adalah salah satu daripadanya. Akak pekak kan aja bila kawan yang lain ajak bershopping handphone dan bagi pelbagai alasan tak nak bayar PTPTN. Jangan cakap gaji kecik, duit tak cukup, petrol, GST bla..bla..bla.. Stop it sayang. Nak seribu daya. Kereta vios/honda RM900 sebulan boleh bayar tak kan PTPTN separuh dari tu banyak pula alasan?

6. PELBAGAIKAN SUMBER

Salah satu sumber akak untuk membayar PTPTN adalah melalui KWSP akaun 2. Setiap 24 bulan akak akan keluarkan untuk bayar PTPTN. Ianya berselang dengan pengeluaran pembelian rumah. Ye la, PTPTN pun PTPTN juga, Rumah tetap kena beli selalu. Dah nama pun kapitalis jelita.

7. BERHENTI MENGELUH DAN BINA CIRCLE

Konsep akak dalam segala hal adalah jangan sesekali mengeluh. Bila mengeluh rasa sayang nak bayar, minda akan jadi lemah dan akan rasa rugi bayar PTPTN. Pejamkan mata, kuatkan hati. Bayar saja. Bina cirlce positive, berkawan dengan rakan yang bijak mengurus wang, lepak dengan diorang dan kongsi ilmu. Nescaya anda akan sentiasa bersemangat untuk membunuh semua hutang.


8. WANG TERPIJAK

Apa itu wang terpijak? Bagi akak bonus la. Masa muda bonus akak akan bahagikan dua. 50% untuk tujuan beli rumah dan 40% untuk bayar PTPTN. Ehhh! Mana hilang lagi 10% kak? Akak pastikan baki 10% untuk berikan penghargaan buat keluarga yang banyak membantu kerjaya akak dan juga sedikit sumbangan buat sesiapa yang kurang bernasib baik.

9. WANG TAMBAHAN

Dalam post dahulu akak penah cerita bahawa akak part time jual spagethi. Walaupun income nya tak banyak, akak asingkan 50% untuk bayar PTPTN. Baki 50% lagi adalah wang pelaburan untuk tujuan pembelian rumah. Ye la, dah gaji akak kecik, cari saja pendapatan tambahan. Apa lagi pilihan untuk rakyat marhaen yang biasa seperti akak?

10. CARILAH BAHAGIA

Niat kena jelas. Memang ramai yang akan cakap rugi bayar PTPTN sebab kos pentadbirannya cuma 1% sedangkan simpan di KWSP purata dividen 6%. Namun bagi akak dalam konsep pelaburan, bukan keuntungan semata2 yang akak cari. Akak juga cari kebahagiaan sebab akak fikir kalau habiskan bayaran seawal mungkin ini akan membantu adik-adik lain yang perlukan wang pinjaman untuk menyara pengajian. Maka demi mendapatkan keberkatan dan kebahagiaan itu, akak gigihkan hati.

11. BETULKAN NIAT

Selama enam tahun akak membayar PTPTN dengan mengorbankan segala keseronokan usia muda, tahun ketujuh akak sendiri rasa terkezut bila tengok baki hutang tinggal sedikit cuma. Maka akak yakin, bahawa setiap niat untuk bebas hutang pasti dibantu oleh kuasa ajaib Allah.

Dan demi beroleh keberkatan bagi bebas hutang dan memudahkan pelajar lain mendapatkan pinjaman pengajian PTPTN, KENAPA PERLU MENUNGGU untuk membuat pembayaran?

Jom mula bayar!

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 7 ulasan )
  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    BalasPadam
  2. Apakah Anda berpikir untuk mendapatkan pinjaman? Apakah Anda serius membutuhkan pinjaman mendesak untuk memulai bisnis Anda sendiri? Apakah Anda dalam utang? Ini adalah kesempatan Anda untuk mencapai keinginan Anda, kami memberikan pinjaman pribadi, pinjaman komersial dan kredit korporasi dan segala jenis pinjaman dengan bunga 2% untuk informasi lebih lanjut silahkan hubungi kami melalui email (augustinejunio@gmail.com)

    BalasPadam
  3. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan scott Theodora, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai ope n satu peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami g ive pinjaman pada 2% kadar faedah kepada individu, firma dan compani es u n de r Clea seorang r yang d terma dan syarat difahami . hubungi kami hari ini melalui e-mai l di: (theodoraloanfirm@gmail.com)

    BalasPadam
  4. Adakah anda memerlukan pinjaman tulen?
    Adakah anda ingin untuk membayar bil anda?
    Adakah anda memerlukan pinjaman peribadi?
    Adakah anda memerlukan apa-apa jenis pinjaman?
    Perlu Pinjaman Perniagaan?

    Anda mahu menjadi kewangan yang stabil? emel: larryellisonfinance@gmail.com

    Mengisi borang permohonan.
    1) Nama penuh:
    2) Negara:
    3) Jumlah Diperlukan:
    4) Tempoh pinjaman:
    5) Nombor telefon:

    Email: larryellisonfinance@gmail.com

    BalasPadam

  5. Pinjaman untuk pelbagai tujuan
    Kami menawarkan jumlah minimum 10,000.00 euro kepada 20 juta euro
    Pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    pinjaman
    tempoh: sehingga 25 tahun bergantung kepada jumlah pinjaman yang anda perlukan.
    pelanggan mesti
    Melebihi umur o f 18 tahun
    Urus niaga ini adalah 100% selamat untuk semua clents
    Untuk maklumat lanjut mengenai kredit, sila hubungi kami melalui e-mel:
    (Daviesruthfirm@gmail.com)

    BalasPadam

  6. Pinjaman untuk pelbagai tujuan
    Kami menawarkan jumlah minimum 10,000.00 euro kepada 20 juta euro
    Pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    pinjaman
    tempoh: sehingga 25 tahun bergantung kepada jumlah pinjaman yang anda perlukan.
    pelanggan mesti
    Melebihi umur o f 18 tahun
    Urus niaga ini adalah 100% selamat untuk semua clents
    Untuk maklumat lanjut mengenai kredit, sila hubungi kami melalui e-mel:
    (Daviesruthfirm@gmail.com)

    BalasPadam

  7. Pinjaman untuk pelbagai tujuan
    Kami menawarkan jumlah minimum 10,000.00 euro kepada 20 juta euro
    Pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    pinjaman
    tempoh: sehingga 25 tahun bergantung kepada jumlah pinjaman yang anda perlukan.
    pelanggan mesti
    Melebihi umur o f 18 tahun
    Urus niaga ini adalah 100% selamat untuk semua clents
    Untuk maklumat lanjut mengenai kredit, sila hubungi kami melalui e-mel:
    (Daviesruthfirm@gmail.com)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "