Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

6 Tanda Yang Menunjukkan Anda Perlu Menggantikan Cermin Mata Yang Baru

19 Jan 2017
No Comment

Cermin mata merupakan benda wajib harus ada jika pergi ke mana sahaja, dan ia boleh dikatakan teman rapat buat mereka yang rabun, kerana tanpanya, anda seperti melihat sesuatu yang kurang jelas.

Dari berjalan, membaca buku, menonton telivisyen, atau tengok movie baru dekat panggung wayang, anda sangat memerlukan bantuan cermin mata bagi menaikkan lagi ‘feel’ menonton atau membaca.

Tapi, ada ketikanya, walau sudah memakai cermin mata, anda rasa tidak selesa, seperti pening-pening, adakah sebab mata, atau cermin mata tersebut? Menurut Reader’s Digest, terdapat 6 tanda yang anda akan alami, yang memberi tanda, bahawa anda perlu menukar cermin mata yang baharu.

Mari kita lihat apa tanda-tanda tersebut.

1. Mata Terasa Sakit

Anda akan mula merasa gatal-gatal pada mata, lebih lebih lagi jika anda sedang fokus pada satu benda yang berada jauh, ini menyebabkan mata anda perlu bekerja dengan lebih, dan menjadikannya gatal-gatal, berair atau kering. Jadi, mungkin anda perlu menukar cermin mata yang baru.


2. Sakit Kepala

Disebabkan simptom pertama tadi, anda mula akan sakit kepala juga, kerana mata anda telah digunakan dengan memberi tumpuan yang sangat lama, jadi seharusnya anda ambil keputusan untuk menggantikan cermin mata yang baru, kalau sakit kepala mula mengganggu anda.

3. Silau Yang Keterlaluan

Jika anda keluar di waktu tengahari, atau sedang menonton televisyen, anda akan memerlukan cermin mata gelap, atau menurunkan kecerahan TV anda. Ia juga merupakan salah satu tanda yang cermin mata anda perlu digantikan.


4. Perlu Duduk Jauh Dari Komputer

Jika anda mengalami simptom ini, yang mana tiap kali anda perlu melihat komputer, anda menjarakkan diri anda dari skrin untuk melihat dengan lebih jelas. Ia bukan salah pengcahayaan komputer tersebut, tetapi mata anda. Tanda ini, menunjukkan anda perlu merujuk kepada doktor untuk tindakan lanjut.

5. Loya-Loya

Sudah pasti kedua-dua mata anda bertindak untuk menyampaikan imej dengan lebih jelas, namun, jika salah salah satu mata anda menyampaikan imej yang kabur, sudah pasti otak akan menerima dua imej yang berbeza, dan ia akan menyebabkan anda kurang selesa.


6. Mengecilkan Mata

Anda sering melakukan perkara ini, walau sedang memakai cermin mata? Dengan mengecilkan mata anda untuk tujuan mendapatkan gambaran yang lebih jelas, akan menyebabkan anda pening kepala, dan tabiat ini juga akan menyebabkan rabun anda menjadi semakin tinggi. Pastikan anda dapatkan rujukan dari doktor jika ia berlaku kepada anda.

Mengalami simptom seperti di atas? Jangan tunggu lagi, segeralah rujuk dengan pakar optik, kerana anda mungkin memerlukan pemeriksaan mata, dan menukar cermin mata yang baru.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "