Bukan itu sahaja, bagi mereka yang sukakan kelainan, atau hanya menjadi hobi mereka untuk edit gambar, ada masanya akan menggunakan gambar, dan edit seperti mereka berada di luar negara. Bak kata orang, saja-saja untuk syok sendiri, atau sedapkan hati sebab tak dapat pergi melancong lagi.
Kalau sekali imbas, mesti nampak gambar tersebut seperti betul-betul berada di tempat lain. Macam mana pula hendak edit gambar tersebut, dan gabungkan dengan gambar lain? Mudah sahaja sebenarnya, kalau ikut pada perkongsian saudara Hazrezal Ahmad ini, anda boleh buangkan gambar latar, dan hanya ambil gambar subjek yang diinginkan sahaja. Jom kita ikut langkah-langkah yang dikongsikan ini.
Hasilnya sungguh menarik. Hanya ada gambar subjek sahaja, dan anda boleh gunakan apa-apa gambar, untuk dijadikan sebagai subjek (diri anda), juga latar belakang yang lain.
5. Klik button 'Erase' kerana kita akan membuang bahagian yang tidak dikehendaki.
6. Untuk 'Feather' anda gunakan 5.00.
7. Dengan menggunakan mouse, klik pada tepi objek dan buat satu bentuk yang mengelilingi bahagian yang hendak dibuang. Temukan semula point akhir dengan point mula tadi dan secara automatik bahagian tadi akan di delete. Untuk mendapatkan ketepatan ketika membuat garisan pada objek anda perlu zoom in gambar tersebut.
Gunakan meter untuk zoom in seperti anak panah di bahagian bawah gambar.
13. Tukarkan 'Slides Sized For: Custom'. Untuk kegunaan media sosial saya gunakan ukuran 15 inches x 15 inches. Klik OK.
15. Masukkan juga gambar objek PNG yang telah anda buat tadi. Adjust size, kedudukan dan rotation semua gambar tadi mengikut kesesuaian.
16. Pada Menu 'Format', cuba mainkan tool 'Corrections', 'Color' dan 'Artistic Effect' untuk jadikan gambar anda lebih menarik.
Lepas ini, admin pun nak cuba jugalah, bolehlah acah-acah tengah bermain salji, dekat luar negara. Mana tahu, hasilnya seperti berada di kawasan bersalji yang sebenar. Yang penting, jangan pula edit gambar yang bukan-bukan, nanti anda juga yang dapat susah. Jom kita edit buat gembirakan hati yang kesepian ini. – Siakap Keli