Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Tekad Berbaring Di Bawah Kereta Anak, Elak Dari Kena Tunda Dengan MPSP

10 Dis 2016
No Comment

Bukit Mertajam: Seorang lelaki, berumur 50-an dilaporkan sanggup bergadai nyawa apabila dia telah berbaring di bawah kereta milik anaknya yang tengah ditunda oleh pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Jalan Dandy di sini, jam 2.40 petang semalam, lapor Bernama.

Lelaki berkenaan yang merupakan pemilik sebuah kedai berhampiran lokasi itu telah bertindak menghalang MPSP daripada menunda kereta jenis Mercedes yang didapti bersalah kerana parkir dia tas kotak parkit motosikal.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, sebelum kejadian jam 11.30 pagi, empat anggota penguatkuasa MPSP sedang menjalankan tugas mengunci tayar di kawasan berkenaan sebelum kereta milik anak lelaki berkenaan didapati diletakkan di petak parkir motosikal.


Beliau berkata, anggota MPSP berkenaan meniup wisel sebanyak tiga kali sebagai amaran untuk pemandunya mengubah kenderaan, namun tiada jawapan.

"Anggota MPSP kemudian mengunci tayar kereta berkenaan dan meninggalkan nombor telefon pada cermin kenderaan berkenaan."

"Selepas satu jam, anggota MPSP kemudian datang semula ke lokasi berkenaan bagi mencari pemilik kenderaan itu sebelum dia keluar dari kedai dalam keadaan marah dan berkeras tidak mahu membayar kompaun untuk membuka kunci tayar," katanya.


Lelaki berkenaan telah dimaklumkan bahawa pihak MPSP kana menunda kereta anaknya ke Jalan Betik sekiranya dia enggan membayar kompaun.

Kira-kira jam 2.40 petang ketika kereta itu ditunda pihak MPSP, lelaki berkenaan bertindak masuk ke bawah kereta untuk menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas.

"Penguatkausa MPSP dan dibantu oleh polis bantuan memujuk lelaki berkenaan namun gagal sebelum terpaksa menarik dia keluar dari bawah kereta.

"Dia kemudian di bawa ke Balai Polis Bukit Mertajam untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Katanya, tiada pergaduhan atau sebarang kecederaan dilaporkan.

Nik Ros Azhan berkata, lelaki berkenaan kini direman pihaknya bagi tujuan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam daripada melakukan tugas. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "