Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ketahui 4 Simptom Yang Menandakan Hard Disk Anda Sudah Mula Untuk Rosak

10 Dis 2016
One Comment

Penggunaan komputer atau komputer riba pada masa kini amat diperlukan, lebih-lebih lagi pada mereka yang perlu meyiapkan tugasan menggunakan komputer. Ada ketikanya, anda akan menghabiskan masa yang sangat panjang dalam menggunakan komputer, tidak kira untuk menyiapkan tugasan bagi pelajar, mahu pun kertas kerja buat mereka yang sudah bekerja.

Disebabkan itu jugalah, komputer yang anda gunakan tidak mempunyai rehat yang secukupnya, ia akan digunakan berkali-kali dalam tempoh yang agak panjang. Tetapi, bila sudah sampai kepada hadnya, komputer akan mula mengeluarkan tanda-tanda untuk alami kerosakan.

Bagaimana pula untuk mengetahui bahgaian mana yang rosak pada komputer anda? Menurut juruteknik komputer persedirian ini, saudara Taufik Jabir, terdapat beberapa simptom hard disk komputer yang menunjukkan tanda-tanda ianya akan rosak. Jom kita ketahui apa tanda-tanda tersebut.


Simptom Hard Disk Kau Mula Kong (Rosak)

Pagi ni aku nak bagi syarahan sikit untuk kau kenal simptom hard disk kau yang mula nak kong (baca: rosak). Bukan senang kau nak tengok aku ceramah pepagi buta ni, Hehehe.

1. Kau rasa komputer kau lembab luar dari kebiasaan

Simptom ni salah satu tanda hard disk kau mula nak rosak. Tapi susah orang (baca: user) biasa even technician pun kadang tak dapat recognize perkara ni masalah hard disk atau masalah biasa kerana:


a. Komputer kau dah menjadi tempat ternakan virus. Usahawan berjaya la katakan, Hehehe. Kot ye pun nak jadi usahawan, ternak la benda lain. Virus juga kau ternak. Bila komputer kau ada virus, ianya memang akan melembabkan komputer kau sebab benda tu mengacau sistem operasi sebuah komputer. 

Bila kena macam ni, cuba kau install OS (baca: format) semula komputer kau. Kalau lepas format, dia run smooth. Itu mujur lah. Bermakna masalah virus sahaja. Kalau masih lembab juga, baik kau standby beli hard disk baru dan backup semua data kau.


b. Kau jenis tak reti nak susun file. Semua benda kau nak longgok dekat desktop tu sampai penuh desktop kau atas alasan senang nak capai. Tak salah kau nak letak file kau dekat desktop tu, tapi sikit sikit sudah la. Kau tak serabut ke tengok desktop kau penuh dengan file? Kau simpan 1 tempat (baca: partition/folder) lain pun senang je nak capai. 

Bila kau longgok semua dekat desktop tu, ianya akan melembabkan proses loading / booting windows. Kalau kau salah seorang yang aku sebut ni, nak tahu punca lembab komputer kau ni sebab hard disk atau file kau, Cuba kau pindahkan file kau dekat partition lain ke.. dekat my documents ke.. lepas tu kau buat sedikit cleaning dengan guna ccleaner. Dah selesai, restart balik komputer kau. Lepas restart should be ok dah. Kalau lembab juga, dapatkan khidmat juruteknik komputer kau.

2. Bila kau on PC atau laptop, hard disk kau mula keluarkan bunyi aneh

Ni pun simptom hard disk kau nak mula rosak. Untuk laptop, senang la kau nak dengar bunyi ni. Kau on laptop kau, kau angkat laptop tu, lepas tu kau dengar dari belakang laptop. Kalau hard disk normal, kau takkan dengar bunyi aneh sebab dia berputar dengan lancar. Tapi, bila dia mula nak rosak, kau akan dengar bunyi seperti ada sentakan pada hard disk kau. Kadang macam bunyi kasar yang aku sendiri tak tahu nak described macam mana bunyinya. 

Kalau PC susah sikit la kau nak dengar bunyi ni. Kau kena buka casing PC kau untuk dengar. Itupun kalau kau dengar sebab kadang bunyi kipas processor kau lebih kuat dari bunyi hard disk. Senang cerita, bila kau dengar bunyi yang tak sedap dari hard disk kau, kau segeralah bertanya pada kawan kau yang pandai bab IT. Seeloknya kau bawa sekali laptop kau untuk dia check. Kalau kau cakap melalui fon, susah nak kenal pasti masalah apa.


3. "Operating System Not Found."

Kalau komputer kau keluar error macam ni, kau redha je la. Sama ada ini masalah Windows atau masalah hard disk, cuba kau format balik. Kalau ok, itu masalah OS sahaja lah. Kalau tak boleh format sebab hard disk tak detect. Kau berdoalah banyak banyak agar file kau dapat di backup oleh Juruteknik Komputer.

4. "No Media detected."

Kalau komputer kau keluar error macam ni. Kau berdoa je lah banyak banyak agar file kau dapat di backup oleh Juruteknik Komputer. Hard disk tu memang tak ada harapan lagi dah untuk digunakan. Memang ganti baru je la gamaknya.

Apa pun masalah berkenaan dengan komputer kau, kalau kau dapat solve sendiri tu dah cukup bagus la sebab kau ada ilmu IT serba sedikit. Kalau ada yang tak tahu tu. Bertanyalah pada member kau yang pakar bab IT. Macam aku cakap tadi, seeloknya kau bawa la sekali komputer kau tu. Senang dia nak check komputer kau masalah apa.

Mohamad Taufik Jabir
Juruteknik Komputer Persendirian.

- Siakap Keli

BACA: 10 Cara Pantas Dan Berkesan Dalam Mencari Maklumat Dengan Menggunakan Google, Di Mana 96% Orang Tidak Mengetahui Akan Cari Ini
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Assalammualaikum.. file anda hilang? Hard disk terformat..pendrive kena virus..data terpadam dan sebagainya..insyaallah sy boleh dapatkan semula selagi tiada berlaku overwrite data..cntct sy.tq..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "