Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dengan Hanya Menggunakan Aplikasi Telefon Pintar, Anda Sudah Boleh Membuat Poster Anda Sendiri, Mudah Dan Percuma Sahaja

22 Dis 2016
No Comment

Tidak semua orang mengetahui cara untuk membuat poster sendiri, ada di antara kita yang menggunakan perkhidmatan pakar untuk membuat lakaran, atau illustrasi akan apa yang anda inginkan. Serta, ada juga yang mencuba-cuba untuk membuat rekaan sendiri berdasarkan ilmu asas yang dipelajari.

Ianya bergantung pada individu itu sendiri, dan modal yang ingin dikeluarkan, sama ada untuk melantik pereka garfik, atau membuat rekaan sendiri. Bagi mereka yang ingin membuat rekaan sendiri, atau poster mengenai sesuatu majlis, sambutan atau hebahan, ia sudah pasti menjimatkan kos yang perlu dikeluarkan kelak.

Tapi, untuk membuat poster, sudah pasti memerlukan kemahiran menggunakan software grafik, seperti Adobe Photoshop, dan ia akan mengambil masa untuk mempelajarinya. Namun, tidak bagi saudari Ismaliza Iena yang berkongsi cara mudah untuk membuat poster, hanya menggunakan aplikasi di dalam telefon pintar sahaja. Jom kita belajar sikit, macam mana hendak buat poster sendiri.


Bagaimana Nak hasilkan Poster Iklan Secara PERCUMA?

Kak Iena sangat faham dengan masalah usahawan yang baru berniaga. Tengok sahabat usahawan yang up gambar iklan menarik, kita pun mesti terasa nak juga ada poster iklan produk macam tu kan?

Kak Iena tak jual apa-apa produk malam ni ya! Kak Iena nak share Tutorial bagaimana kita boleh edit gambar yang kita ambil menjadi sebuah poster iklan yang menarik!

Mudah dan yang penting FREE sahaja!

Apa yang anda perlu adalah, gambar yang anda telah ambil dan juga apps PICSART dan FONTEE yang perlu anda download dari Apps Store terlebih dahulu.

Dan anda juga perlu kreatif bagaimana nak jadikan poster iklan anda menarik.


1. Dah click pada app Picarts di hp anda? Okay, jom kita mula dengan tekan EDIT pada Picsart display akan keluar begini.

Pilih < Collage >  (senget benget arrow yang KaK Iena lukis! Abaikan sahaja yer..)


2. Bila dah tekan Collage tadi. Akan keluar display begini.

Pilih <Background>


3. Display untuk <Background> akan keluar begini. Bila da masa anda boleh cuba explore sendiri ya. Kalau anda suka yang bercorak, anda boleh terus pilih design yang ada. TAPI..... untuk task ini,

Pilih <Choose Background Color>
Dah dapat background putih macam ni, kita dah boleh mula Editing!


Ada banyak jenis warna sebenarnya yang anda boleh pilih. Untuk kali ni,

4. Kak Iena pilih warna <Putih>

5.
Dah pilih <Putih> tekan tanda <√> disebelah kanan atas.


6. Pilih < Add Photo >
Bila anda dah mula faham dengan Picsart ini, anda boleh explore satu persatu button pilihan yang ada. Contoh:

< fx > : Untuk edit brightness, contrast, saturation, effects and etc.

< Clipart > : Ada bermacam clipart yang anda boleh pilih. Yang free ada, yang
berbayar pun ada!


Bila sahaja anda pilih < Add Photo > display akan keluar seperti no 2.

7. Pilih gambar yang anda ingin guna terus dari <Recent > photos atau anda boleh pilih dari album gambar anda.
** (Bila anda pilih album, gambar akan keluar seperti di no 3)

8. Pilih gambar yang anda mahu. Kak Iena telah pilih 2 gambar.

9. Tekan < Add > apabila anda selesai memilih gambar pada bahagian kanan atas. ( Rujuk gambar no.3)

10. Gambar 4 menunjukkan gambar yang Kak Iena telah pilih.


11. Okay, kita mula Edit gambar pertama. Tekan pada gambar yang kita hendak Edit dan tekan ikon berbentuk pemandam.

12. Padam/ buang bahagian yang anda tidak mahu seperti gambar no.1

13. Bila anda sudah puas hati dengan bahagian yang anda ingin kekalkan dan bahagian yang anda ingin padam, tekan < √ > . Rujuk gambar no.2

14. Apabila anda tekan <√> display akan keluar seperti gambar no.4. Jika anda masih ada bahagian yang perlu ditambah atau padam anda ulang semula step dari no.11 hingga no.14

**(Jangan risau kerana anda tidak akan hilang apa yang telah anda edit pada awal tadi. Hanya perlu sambung sahaja)


Bila dah betul-betul puas hati dengan gambar yang pertama. Anda boleh alihkan kedudukan gambar pertama tadi dipoint yang anda suka.

Sekarang,kita ulang step tadi untuk gambar kedua pula. 


Ulang step yang sama seperti no.11 hingga no.14.


Dah siap padam bahagian yang anda ingin buang? Okay, jangan lupa tekan <√> untuk save kan kerja pemadaman anda ya.

15. Anda boleh resize dan susun gambar mengikut kretiviti anda.


16. Tekan <+> dibahagian atas. Bila anda tekan <+> akan keluar 5 pilihan untuk anda.

17. Untuk tambah ayat/ perkataan tekan <Text>

18. Taip ayat yang anda ingin masukkan pada gambar anda. Rujuk gambar no.2. Tekan <√> untuk save.

19. Apabila anda telah tekan <√>, ayat yang anda save tadi akan keluar seperti gambar no.3

20. Anda boleh tukar tulisan dengan menekan <Font> dan juga menukar warna tulisan <Color> atau fungsi yang lain juga seperti menambah <Stroke>, <Shadow> dan lain-lain.


Jika anda mempunyak lebih dari 1 perkataan yang ingin ditambah pada gambar, anda hanya perlu ulang step yang sama dari no.16 hingga no.20.


Okay, dah siap tambah ayat dalam gambar! Kak Iena ajar 1 lagi step untuk bentukkan ayat kita jadi curvy pula.

Tambah ayat : Ulang step no.16 hingga no.20


Dah selesai pilih Font dan juga Color tulisan..

21. Tekan <Bend> pada butang pilihan paling hujung kanan sekali. Nak tahu apa fungsi <Bend> ini? Jom ke gambar seterusnya.

** TIPS! Untuk gunakan fungsi bend ini, tidak boleh guna sebarang simbol di hadapan ayat. Contoh: « / * / ●


Apabila anda tekan <Bend> display akan keluar seperti gambar no.1

22. Gerakkan ● ke kanan dan ke kiri untuk tukar bentuk ayat anda seperti gambar no.2 dan juga gambar no.3

23.
Anda juga boleh gerakkan dengan menggunakan ↓ pada kotak ayat. Lihat contoh pada gambar no.4


Ini contoh 3 ayat yang Kak Iena tambah pada gambar ini ,1 ayat yang Kak Iena tukar bentuknya dan Kak Iena susun kedudukan mengikut idea sendiri.


Bila dah puashati, sekarang masa untuk kita save apa yang telah kita edit dengan menggunakan Picsart tadi.

24. Tekan <√>

25. Tekan <→ > untuk save semua editing anda. Selepas anda tekan <→> tiada perubahan atau pembetulan boleh dibuat lagi pada gambar anda ya.


Ini sangat PENTING!

26. Pastikan anda tekan <Share to Picsart> dan <Gallery> untuk save semua editing anda tadi. Jika anda terlupa tekan, kerja-kerja Editing tadi akan hilang semua tanpa di Save!

27. Dan pastikan semasa anda save command < Image Save to....>


Kak Iena suka guna 2 Apps untuk edit. Selalunya Kak Iena akan gunakan juga FONTEE untuk tambah ayat utama bagi poster iklan Kak Iena.

Inilah hasil dari 2 apps favorite Kak Iena. Selamat mencuba. All the best sahabat hebat!

Selepas ini, bolehlah anda membuat poster anda sendiri mengikut kretiviti anda, dan hanya perlu untuk dicetak sahaja. Lebih mudah jika mempunyai bakat untuk membuat sendiri.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "