Baru-baru ini, Toyota telah mengeluarkan satu video promosi Hilux 2.4G bagi menonjolkan kemampuan kenderaan tersebut beraksi. Lebih menarik, video itu bukan satu video promosi biasa, tetapi didatangkan dengan satu cerita pendek berjudul #AyahMacho.
#AyahMacho menceritakan tentang En. Ramli, seorang petani yang menjadi hero terjun apabila terserempak dengan satu kejadian tanah runtuh di satu kawasan berdekatan.
Biarpun memandu Hilux 2.4G baharu, En. Ramli tanpa banyak soal terus meringankan tangan untuk membantu mangsa yang terperangkap didalam bencana itu.
Bersama 2 Toyota Hilux lain yang ada ketika itu, En. Ramli bersama penyelamat-penyelamat lain mula menghidupkan kenderaan-kenderaan mereka untuk memulakan operasi menyelamat.
Proses menyelamat memerlukan alatan yang banyak, berat dan besar. Ruangan karga Hilux 2.4G yang besar membolehkan kesemua alatan terbabit dibawa ke kawasan kejadian dengan lancar.
Malah, kemudahan pintu di bahagian muatan yang boleh dilentang memudahkan lagi proses mengangkut alatan ke dalam Hilux.
Setelah kesemua alatan selesai diangkut naik, Hilux kelihatan masih gah biarpun diisi dengan alatan keselamatan yang berat.
Enjin diesel enam transmisi di Hilux baharu itu dihidupkan dengan segera menggunakan butang push start sebelum ketiga-tiga kenderaan itu bergerak ke lokasi kejadian tanpa sebarang masalah.
Biarpun laluan ke kawasan kejadian susah untuk dilalui kerana keadaan tanah yang tidak rata, kuasa maksimum 150PS dan tork maksimum 400Nm yang dihamburkan oleh enjin Hilux 2.4G mampu menggerakkan kenderaan itu tanpa sebarang masalah.
Sokongan Active Tranction Control (A-TRC) juga banyak membantu Hilux untuk terus bergerak dengan memberi cengkaman kepada tayar apabila berhadapan dengan tanah tidak rata atau jalan berlubang.
Sesampainya mereka ke lokasi kejadian, proses menyelamat dijalankan dengan kadar segera. Biarpun sudah melakukan proses pembersihan tanah, sebuah traktor yang terperangkap masih tidak berjaya keluar kerana terperangkap dalam timbunan tanah runtuh.
Tanpa berlengah, sebuah Hilux 2.4G dirapatkan untuk menarik traktor terbabit. Penyelamat bersama En. Ramli kemudian memasang kabel penarik pada Hilux dan traktor untuk memulakan proses menarik keluar traktor itu.
Pemandu Hilux tersebut meletakkan kenderaan itu pada gear yang rendah bagi mendapatkan lebih momentum untuk menarik traktor itu. Namun, jentera berat tersebut hanya bergerak sedikit sahaja.
Tidak berputus asa, dia bertukar kepada mod pemanduan L4, satu mod khas di Hilux yang membolehkan kenderaan itu fokus kepada lebih kuasa pada kelajuan yang perlahan. Dalam masa yang singkat, traktor itu berjaya ditarik keluar dengan selamat.
Saksikan babak cemas proses menyelamat itu menerusi video #AyahMacho dibawah:
mak datuk, gnas jugak hilux baru ni. rasa nak angkat satu
BalasPadamhttp://tambahberatbadanpantas.blogspot.my/2016/02/klik-nombor-telefon-di-bawah-untuk.html
terbaik la hilux. dari dulu ak percaya
BalasPadamhttp://pakarhilangkaneyebag.blogspot.my/2016/09/klik-no.html