Akibat ''Cocktail' Pemutih Durjana," Pesakit Tak Sedarkan Diri, Jantung 138 Per Minit, Alami Kegagalan Buah Pinggang - Dr Ahmad Zakimi Abdullah
Ramai wanita diluar sana mementingkan kecantikan, ada yang sanggup berhabisan wang ringgit semata-mata untuk cantik.
Apa yang merisaukan ada mereka yang senang-senang terikut cakap dan nasihat doktor yang tidak bertauliah yang kadang-kadang diceritakan kembali selepas terdengar dari mulut orang lain.
Diceritakan oleh Doktor Ahmad Zakimi Abdullah kisah pesakitnya yang kritikal gara-gara menggunakan sejenis produk kosmetik yang disifatkannya sebagai 'Cocktail' kosmetik pemutih kulit durjana.
Jom kita baca kenapa beliau berkata demikian.
'Cocktail' kosmetik pemutih kulit memang durjana
"Doktor, patient BP low lah." jeritan staffnurse yellow zone. "Cepat2 tolak patient masuk resus room." balas saya. Lantas resusitasi berlangsung.
Pesakit dalam lingkungan umur 20an, wanita, datang dengan masalah loya, muntah2, berpeluh, pening, pitam dan kemudian tidak sedarkan diri dalam beberapa minit. Bacaan tekanan darah 82/38, kadar denyutan jantung 138 denyutan per minit.
Wajah pucat, sejuk, berpeluh dan muka merah padam. Bacaan test darah menunjukan hemolytic anemia (Hemoglobin 7) dan kegagalan buah pinggang akut.
Setelah beberapa kali ditanya, akhir pesakit memberitahu dia baru saja mengambil injeksi intravenous (IV) 'cocktail' pemutih kulit dari seorang 'medical personal'. Pesakit memberikan gambar yang diambilnya (seperti gambar pertama dibawah).
Saya terus menyemak apakah kandungan atau produk 'cocktail' yang dikatakan tu. Didapati seperti berikut...
Thiotic acid 25mg/5ml
Glutathione 600mg
Vitamin C 10g/20ml
Chondnal/chondroitin sulfate sodium 200mg
Maka 'Haywire' lah nak beri rawatan. Apakah masalah sebenar dengan 'coktail' ni. Mari kita kupas.
Ingredients diatas seperti thiotic acid, glutatione dan vitamin C khususnya secara intravenous dikatakan untuk memutihkan kulit dan anti aging (anti penuaan) adalah mitos. Ia tidak dibuktikan keberkesanan dan keselamatan secara kajian 'scientific evidence base' walaupun secara teori sains boleh diterangkan.
Ia hanya dikategorikan sebagai alternative atau naturopath saja sebab tiada bukti secara Klinikal (kalau ada mohon tunjukan saya bukti). Dalam 'natural medicine comprehensive data base' adalah itu pun kurang bukti (anda boleh google sendiri).
Misalnya, glutatione adalah antioxidant dan ia terbukti secara saintifik mengatakan kemungkinan boleh mengurangkan kesan sampingan kanser therapy dan merawat parkinson. IV glutatione tiada bukti secara saintifik untuk memutihkan kulit walaupun ia dikatakan anti-melanogenic (melonin adalah pigmen hitam mewarnakan kulit, rambut dan sebagainya).
Saya merujuk pada Phillipine Food and Drug administration memberikan maklumat tentang bahayanya IV glutation (seperti gambar 2,3 dibawah). Contoh kesan sampingan yang dilaporkan adalah Johnsons Syndrome, Toxic Epidermal Necrolysis, gangguan fungsi tiroid, kegagalan buah pinggang, sakit perut yang teruk, jangkitan kuman semasa injeksi dan sebagainya.
Sama juga dengan thiotic acid (antioxidant) tidak mempunyai bukti yang jelas lagi kukuh mengatakan ia untuk mengurangkan berat badan dan anti penuaan kulit. Pastinya ada juga kesan sampingannya tetapi maklumat terlalu sedikit.
Yang paling pelik apa gunanya chondroitin sulfate sodium (chondnal) dalam pemutihan kulit ni. Setahu saya chondnal hanya guna untuk osteoarthritis di sesetengah hospital/klinik. Juga ada kesan sampingan seperti asthma attack untuk pesakit asthma, pendarahan (blood clotting disorder) dan sebagainya.
IV vitamin C ni memang banyak diperkatakan. Saya tegaskan disini pihak kementerian kesihatan Malaysia tidak pernah meluluskan IV Vitamin C untuk kosmetik. Tiada bukti ketara secara klinikal injeksi vitamin C samada secara sendirian atau kombinasi dengan glutatione dan kollagen dapat meningkatkan elastisiti (anti penuaan dan kedutan) dan pemutihan kulit. Boleh rujuk link ni http://www.moh.gov.my/…/database_st…/attach_download/348/199 .
Kesan sampinganya sudah tentu ada. Antaranya sakit perut, loga, lesu, hemolytic anemia pada pesakit G6PD deficiency, hyperoxaluria, batu karang, kegagalan fungsi buah pinggang dan sebagainya.
Saya bukan nak memburukan mana2 pihak tetapi hanya ingin memberi sedikit kesedaran. Setakat ini sudah ada beberapa kes (mungkin akan saya kongsi lain masa). Semua ingredient diatas tiada kelulusan dari KKM.
'Cocktail' pemutih kulit korea adalah kombinasi dan jika ada kesan sampingan susah nak pastikan yang mana satu penyebabnya. Setiap satu ada interaksi mungkin.
Ia menjadi 'haywire' dalam perawatan. Pada 'medical staff' yang jual 'cocktail' dan perkhidmatan tu, our eyes are on you.
Jika ingin cantik biarlah secara natural. Tak perlu produk 'cocktail' kosmetik durjana. Buang duit untuk cantik yang tiada bukti keberkesanan tapi bahaya mengundang. Tepuk dada, tanya akal.
- Dr Zek
P/s: saya suka wanita natural beauty 😅
- Siakapkeli.my