Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

3 Cara Mudah Bagaimana Untuk Mengambil Kembali Instagram Yang Telah Digodam, Serta Mengelakkannya Dari Berlaku Lagi

11 Dis 2016
2 ulasan

Situasi digodam sangat merisaukan semua orang, kalau boleh, perkara sebegini ingin dielakkan daripada berlaku, kerana ia akan melibatkan banyak masalah lain. Media sosial khususnya, sering menjadi tumpuan penggodam untuk menggodam akaun mereka, dalam mengambil alih akaun dari pemilik asal.

Penggodam bukan sahaja mensasarkan seseorang yang menjadi tumpuan ramai, seperti artis, bahkan orang biasa juga akan turut mengalami situasi yang sama. Sama ada mereka pekerja syarikat, seorang pelajar, mahu pun peniaga atas talian. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa penggodam.

Disebabkan itu, mereka mungkin akan kehilangan akaun, atau pun kenalan, juga pelanggan tetap mereka. Bagi mereka yang mempunyai akaun Instagram pula, perkara sebegini sering kali berlaku, yang mana akan menyebabkan mangsa perlu membuat aduan, serta kehilangan akaun Instagram mereka. Namun, saudara Amir Hasif, kongsikan beberapa langkah yang boleh dilakukan, bagi mengelakkan Instagram anda digodam, dan bagaimana untuk mendapatkannya kembali.


INSTAGRAM HACK

3 langkah bagaimana cara untuk mengambil balik instagram anda:

1. Pastikan PASSWORD INSTAGRAM anda tidak sama dengan EMAIL anda daftar di instagram. Email antara elemen paling penting untuk process ambil balik instagram anda di godam.

- Mestilah dia tahu password instagram anda, sebab tu dia godam.
- Lepastu boleh pulak dapat email anda di edit profile.
- Sah dia pun boleh log in sebab email dan instagram password sama.
- Dia boleh tukar je password email.
- Kalau part ni da kena, anda berada dalam keadaan bahaya da.

2. Instagram anda perlu LINK dengan facebook.

3. Pastikan Letak NUMBER TELEFON yang terbaru anda di bahagian INSTAGRAM.

Tiga cara ini sebenarnya membolehkan anda mengambil balik instagram anda yang di godam itu.

Nanti instagram akan memberi satu code dan anda perlu tangkap gambar anda, tulis nama penuh & username anda di kertas dan snap. (Link post di bawah)


3 cara untuk mengelakan instagram anda di godam:

1. Fikir dua tiga kali untuk menggunakan third party apps untuk instagram anda. Check betul secure ke apps itu.

2. Sering tukar password, kalau instagram suruh tukar. Ada la tu dia detect, tukar la. Kalau boleh password yang kuat & susah sikit. Satu huruf besar ada number dan lain lain

3. Benda biasa yang lain, log out bila guna public desktop & jangan bagi orang lain password ig dan email .


Dah tahu? Jangan lupa, SHARE kepada semua. Supaya rakan rakan lain lebih berjaga jaga

Kesian, lagi-lagi orang berniaga guna instagram. Punca rezeki anak anak dan keluarga tu.

Kes ini da berlaku pada 2 teman saya; Hafizi Rosli dan Lyn Muhammad Zameer

Kawan saya atau owner yang di hack, seorang wartawan TV3. Hafizi Rosli. Ini postnya;

- Contoh Tulis Nama Penuh & Username Di Kertas, & Snap

- Pemilik akaun Instagram yang tidak dapat log in ke akaun Instagram.

Sama sama kita elakan.

Amir hasif,
Amateur Marketer.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. ig saya baru ni xley bukak 😭 tolongggggg 😭😭😭

    BalasPadam
  2. Ig saya bertukar email....dia jadi masuk email lama

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "