Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO&GAMBAR) Kejadian Tanah Runtuh Musnahkan Sebuah Gerai Dan 10 Buah Kereta, Seorang Patah Kaki

26 Nov 2016
No Comment

Seorang penunggang motosikal nyaris maut selepas jalan yang dilaluinya ketika itu merekah dan runtuh menyebabkan beliau terjatuh sehingga mengalami patah kaki dalam kejadian tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah di Hulu Selangor awal pagi tadi, lapor Bernama.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Fareez, 21, telah tertimbusdalam runtuhan penduduk yang menyedari kelibat beliau bergegas menyelamatkannya, dia kini dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.

Dalam kejadian tanah runtuh itu juga menyebabkan sebuah gerai dan 10 kenderaan yang diparkir berhampir musnah terjatuh ke lereng bukit.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul ketika berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi di mana kenderaan yang diletakkan di tepi jalan dan sebuah gerai makan di kawasan itu jatuh ke lereng bukit berdekatan.



Beliau berkata seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian s pada pukul 1 pagi.

"Kita sedang membuat pemeriksaan sekiranya terdapat lagi mangsa yang terperangkap, usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan di mana jalan utama Taman Idaman telah ditutup," katanya.

Menurut pemilik gerai yang musnah dalam kejadian ini, Normah Ninggal, 48, berkata, dia baru saja menutup gerai sebelum terdengar bunyi dentuman yang kuat.

“Terkejut saya menyaksikan kereta jatuh satu persatu, bagai ditelan bumi."

"Saya panggil anak-anak yang berada di gelanggang sepak takraw di sebelah rumah untuk masuk.

"Tidak sampai seminit, tanah di belakang rumah runtuh, pokok bergoyang dan kereta berpusing," katanya dipetik laporan Harian Metro.- Siakapkeli.my













Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "