Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Jurutol Wanita Dipukul Pengguna Lebuhraya Selepas Kad Transaksinya Gagal Berfungsi

12 Nov 2016
No Comment

Gara-gara kad transaksi tol yang dimilikinya tidak boleh digunakan ketika di tol, seorang pengguna jalanraya yang berang telah bertindak melepaskan maranya dengan menampar dan menendang seorang jurutol wanita.

Berdasarkan rakaman video yang tersebar, pemandu berkenaan telah memasuki lorong tol di Paliman, Cirebon di Jawa Barat, Indonesia, namun kad transaskinya tidak boleh digunakan untuk membayar tol sebanyak 6,000 rupiah (RM1.96 sen).

Kerana masalah itu dia telah naik berang dan memarahi jurutol wanita, dilihat berlaku perang mulut antara mereka berdua sebelum ditenangkan seorang lelaki yang dipercayai pengawal keselamatan.

Selepas melepasi penghalang tol, dia yang tidak berpuas hari telah memberhentikan kereta dan bertindak mendapatkan jurutol berkenaan sebelum menampar dan menedang wanita itu. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "