Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Itik 'Gangster' Selamatkan Ayam Dari Serangan Burung Helang

3 Nov 2016
No Comment


Washington, 2 Nov - Tindakan pantas sekor itik 'gangster' berjaya menyelamatkan seekor ayam dari disambar oleh seekor burung Helang dalam kejadian di laman belakang sebuah rumah di sini.

Biarpun itik biasanya dilihat sebagai haiwan yang berkarakter lemah, namun video yang dikongsi oleh seorang pengguna Reddit itu membuktikan yang sebaliknya.

Difahamkan, itik tersebut bernama Felix.

Dengan berbekalkan kekuatan yang ada, Felix terbang jarak pendek ke arah helang itu dan berjaya menghalau helang yang menyerang seekor ayam di reban itu.

Setelah helang itu pergi, ayam itu dengan segera menyorok di reban berhampiran dan menurut tuannya, ayam itu dalam keadaan baik.

Menurut tuannya lagi, Felix dan ayam itu sudah hidup bersama selama tiga tahun dan mempunyai perhubungan yang dingin. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "