Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Filem Desolasi Mengisahkan Tentang Aiman Yang Tiba-Tiba Bangun & Dapati Hanya Dia Seorang Sahaja Dalam Dunia ini

28 Nov 2016

Kuala Lumpur - Selepas menggegar panggung dengan filem Mat Moto awal tahun ini, Skop Productions sekali lagi tampil dengan sebuah filem bergenre psycho thriller, Desolasi.

Apa yang menarik, Skop Productions sekali lagi memberi kepercayaan kepada pengarah muda, Syafiq Yusof, untuk mengemudi filem Desolasi selepas mengarahkan filem Mat Moto bersama Pekin Ibrahim.

Malah, cerita asal dan skrip Desolasi turut dicipta sendiri oleh pengarah muda itu.

Menurut Skop Production, biarpun filem Desolasi bergenre psyco thriller, filem terbaru itu akan didatangkan dengan penggunaan kesan khas visual (CGI) sebanyak 60% dalam keseluruhan filem tersebut dengan bantuan dari perisian berteknologi tinggi.

"Syafiq sekali lagi mengambil inisiatif menghasilkan sebuah karya genre psycho thriller tapi penuh dengan perisian yang lebih berteknologi tinggi dalam penggunaan kesan khas visual (CGI) sejajar dengan saranan kerajaan agar mampu ke peringkat global. ", ujar Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam.

Filem Desolasi dibintangi oleh Syamsul Yusof sebagai watak utama dengan gandingan dari pelakon-pelakon popular lain seperti Pekin Ibrahim, Bella Dally, Dato' Jalalludin Hassan dan Aida Khalidah.

Desolasi mengisahkan tentang seorang pelukis bernama Aiman yang mencari jawapan dalam persoalan kehidupan.

Hidup Aiman mula menjadi tidak tentu arah apabila dia terpaksa melalui pelbagai ujian dan dugaan dalam kehidupan sehariannya.

Namun, pada satu pagi, Aiman tiba-tiba bangun dan mendapati dirinya berkeseorangan dalam dunia tanpa manusia lain. Terkejut dengan perkara itu, dia mula mencari jawapan dalam persoalan yang diberi kepadanya.

Filem Desolasi akan mula menemui peminat 8 Disember ini.






Sumber: NST
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "