Untuk memiliki kesihatan yang baik, ianya perlu bermula dengan diri anda sendiri, dengan memastikan anda menjaga segala aspek pemakanan, dan juga melakukan aktiviti riadah yang bersesuaian.
Terdapat beberapa aspek yang boleh dilakukan dalam mendapatkan gaya hidup yang sihat. Admin ingin kongsikan kepada anda, 7 aspek penting yang boleh diamalkan, untuk gaya hidup sihat. Jom kita tengok apa yang boleh dilakukan, perkongsian dari pegawai farmasi, saudara Fahmi Hassan.
Sekurang-kurangnya anda perlu tidur yang cukup, selama 7 ke 9 jam sehari bagi meningkatkan daya ingatan, prestasi atletik, dan juga daya kreativiti.
Makan secara seimbang, dengan memastikan anda mendapat sumber yang mencukupi, seperti karbohidrat, protein dan lemak. Dengan mengamalkan pemakanan yang sihat, anda akan menjadi seorang yang lebih produktif. Ia juga dapat mengawal berat badan, mengurangkan jangkitan penyakit, dan mengurangkan tekanan.
Masukkan sekali sayuran hijau ke dalam diet anda, ini kerana, sayuran hijau kaya dengan nutrien yang diperlukan oleh tubuh, yang penting untuk kesihatan.
Tidak dapat dinafikan, buah-buhan mempunyai banyak kebaikan, dan antara kebaikan yang ada adalah, ianya kaya dengan sumber vitamin dan mineral. Serta mampu untuk mencegah dari penyakit kronik, dan menurunkan paras kolesterol dalam darah.
Makan sekurang-kurangnya 2 cawan setengah buahan-buahn setiap hari.
Tidak salah untuk ketawa, ianya terbukti dapat membantu tubuh badan untuk kekal sihat. Ini kerana, dengan ketawa, tubuh badan akan terasa lebih rilek, di mana tekanan otot-otot yang terdapat di dalam tubuh, akan dikurangkan, dan membuatkan anda melepaskan tekanan.
Ketawa juga meningkatkan imun sistem dengan cara mengurangkan tekanan hormone di dalam badan. Selain itu, dengan ketawa endorphin di dalam badan akan mula tercetus.
Anda seharusnya meminum air, sebaik-baiknya 8 gelas sehari. Dengan meminum air yang secukupnya, buah pinggang anda akan sentiasa sihat, membantu dalam penurunan berat badan, juga meningkatkan fungsi otak dan tenaga.
Ibadah yang dituntut, sudah pasti mempunyai kebaikan yang tersendiri, dan bagi solat pula, ianya akan membuatkan anda bebas dari tekanan, membantu untuk mengawal gangguan emosi. Pada masa yang sama, solat juga mengurangkan rasa kemurungan serta kebimbangan. Ianya juga, dapat membantu dalam proses pemulihan selepas melakukan pembedahan.
Sudah semestinya dengan beriadah, anda akan mendapat banyak kebaikan, dan di antara kebaikan yang anda akan perolehi adalah, dapat mengurangkan berat badan, mengurangkan tekanan, memerangi permasalahan kesihatan. Selain dari itu juga, dengan bersenam, anda dapat meningkatkan kekuatan tulang dan otot, kesihatan mental yang baik, serta memberi tenaga.
Sekurang-kurangnya anda perlulah melakukan aktiviti riadah selama 150 minit, dengan latihan aerobik sederhana, seperti berjalan laju atau berbasikal setiap minggu. Bagi aktiviti kekuatan pula, anda boleh lakukan dua hari atau lebih dalam seminggu yang merangkumi kesemua kumpulan otot (kaki, peha, belakang, bahu, dada, lengan, dan abdomen)